Siakap Keli

”Allah Nak Pelihara Kami Dari Bersubahat Dengan Benda Jahanam,” Saudara Luah Rasa Kesal Isu Majlis Kahwin Anak Normah Damanhuri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Panas baru-baru ini apabila perkahwinan anak kepada seorang artis veteran, Normah Damanhuri, didakwa ‘dicemari’ dengan tarian tarian mengghairahkan. Tidak cukup dengan itu, penari turut dilihat berpakaian seksi hingga menimbulkan kecaman ramai netizen. Walaupun ditegur, pihak ‘tuan rumah’ menyatakan mereka mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja di majlis itu.

Tampil memberi penjelasan, Fais Al-Hajari, lelaki yang dipercayai saudara terdekat kepada keluarga pengantin itu menegaskan bahawa mereka sekeluarga tidak terlibat dan berharap netizen dapat menghentikan kecaman kepada ibunya yang juga merupakan adik kepada Normah Damanhuri.

Jelas beliau, dia tidak mengkritik majlis perkahwinan tersebut tetapi lebih kepada untuk mempertahankan ibunya susulan ramai yang tersalah sangka bahawa adik beradiknya yang berkahwin. Ikuti luahannya seperti di bawah ini.

Sebetulnya, orang yang paling aku kesian dan risaukan bila isu wedding ala jahiliah tu meletup ialah mak aku.

Sudah tentulah, orang pertama yang akan di”serang” ialah dia. Bertalu-talu mesej masuk minta penjelasan. Tak kurang yang melahirkan simpati. Tak kurang juga yang perli dan maki, seolah-olah mak aku dan aku sekeluarga “redha” kemungkaran semalam tu berlaku.

Tak kurang juga orang ingat Aripah Damanhuri dan Normah Damanhuri itu orang yang sama. No! Bukan! They are different, literally and figuratively.

Sebenarnya, kalau dikaji balik rentetan peristiwa semalam, Allah memang nak pelihara mak aku dan aku sekeluarga daripada bersubahat dengan benda jahanam tu.

Mak aku pada awalnya nak pergi awal ke rumah keluarga pengantin sebab sedara mara semua dah berkumpul, tapi ubah rancangan last minute nak ikut aku je. Aku pulak ada patient pagi tu, habisnya jam 12 lebih jugak. Kami bertolak ke lokasi kenduri pun dah 1 lebih. Lewat. Sampai lokasi jam 1.30 petang. Bila dah lambat, maka kami duduk belakang-belakang je la, dekat dengan pintu masuk dewan. Pengantinnya nunnn di depan.

Mak aku sebetulnya diminta join makan beradab, tapi terpaksa bangun awal sebab nak lawat anak buah kakak aku yang masuk hospital. Memandangkan kami kat belakang, maka mudahlah kami nak gerak balik. Kami pun bergerak keluar dewan lebih kurang jam 2.30 macam tu.

Tiba-tiba masa mak aku tunggu aku bawa kereta jemput dia dan isteri-isteri aku, dah kedengaran havok dalam dewan. Rupanya “persembahan” dah bermula. Kami pun cepat-cepat blah.

Allah memang pelihara kami. Apa akan jadi jika kami sampai lebih awal, dan duduk di bahagian depan? Apa akan jadi jika kami tak perlu ke hospital dan lepas tu duduk lebih lama di situ sampai berlangsungnya “persembahan” tu?

Apa akan jadi jika mak aku tak bangun awal dari meja makan beradab, lalu terakamlah wajah mak aku ketika tarian jijik tu berlangsung? Bila aku kenang balik, sesungguhnya Allah nak pelihara kami. Allah pelihara mak aku daripada aib.

Mak aku memang sakit kepala sangat. Tak sepatutnya begitu. Dia membesarkan kami adik beradik seorang diri sejak 30 tahun lepas. Bapak aku meninggal dunia tahun 1989. Sejak itulah dia struggle membesarkan kami adik beradik di samping bekerjaya sebagai pelakon drama. Bukan sikit pengorbanan yang dia buat.

Alhamdulillah, Allah angkat darjat dia. Allah izinkan semua menantunya jenis menutup aurat dan tidak “over”. Allah izinkan satu-satunya anak perempuan dia menjadi “gadis pingitan” yang orang tak tahu pun wujud.

Org setaman boleh tak tau mak aku ada anak dara, punya la kakak aku bukan jenis sosial. Allah izinkan mak aku berkawan dan mengikuti kuliah-kuliah agama terutamanya kuliah Ustzh Norhafizah Musa. In one sense, dia seorang ibu yang hebat dan tak pernah ajar anak-anak dia tenggelam dalam dunia glamour selaku “keluarga artis”.

Aku bersyukur Allah kurniakan Aripah Damanhuri ini sebagai ibuku. Dan tak sepatutnya dia pening kerana perbuatan orang lain. Dia berjaya didik anak-anak dia menjadi insan yang baik insya Allah. Kini aku pula mengambil inspirasi itu untuk mendidik keluarga aku menjadi keluarga yang mawaddah.

Sumber : Fais Al-Hajari

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.