Siakap Keli
Gambar : Mirror UK

Kanak-Kanak 4 Tahun Ditemui Maut Gara-Gara Bapa Terlupa Anak Sudah 9 Jam Tertinggal Dalam Kereta

Malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menemui ajal akibat sesak nafas di tempat duduk belakang kereta bapanya setelah ditinggalkan bersendirian di dalam kereta tersebut selama sembilan jam.

Difahamkan bahawa tragedi tersebut berlaku apabila apabila bapa kanak-kanak itu menjawab panggilan telefon penting semasa menghantarnya ke pusat penjagaan.

Mangsa dikatakan sedang tidur di tempat duduk belakang kereta semasa bapanya dalam perjalanan menghantarnya ke Tadika Wanyuan di Yiyang, China kira-kira 8 pagi pada 8 April lalu.

Gambar : Qi Qi – Mirror UK
Gambar : Tadika Wanyuan – Mirror UK

Bapa mangsa mendakwa dia menghantar anak perempuannya ke sekolah di daerah Heshan dan memberhentikan kenderaan di pintu pagar tadika itu sebelum menjawab panggilan telefon daripada tempat kerja.

Katanya, dia yang terus bergegas ke tempat kerja terlupa untuk memeriksa sama ada anak perempuannya itu telah pun keluar dari kereta atau tidak.  Kenderaannya pula ditinggalkan sepanjang hari di kawasan parkir pejabat.

Namun, kejadian tersebut disedari sembilan jam kemudian ketika dia mendapat panggilan daripada isterinya bertanya di manakah anak mereka kerana Qi Qi tidak berada di pusat penjagaan itu sewaktu mahu dijemput pulang.

”Saya tidak perasan sehinggalah isteri menelefon saya pada jam 5 petang bertanyakan di mana Qi Qi berada.

”Puas saya berfikir dan akhirnya menemui Qi Qi di tempat duduk belakang,’‘ kata Hu.

Gambar : Mirror UK

Kanak-kanak malang itu yang terus dibawa ke Pusat Perubatan Yiyang disahkan telah meninggal dunia kerana lemas.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.