Siakap Keli

Terkini: Ngeri, Lori Kren Dipercayai Hilang Kawalan Rempuh 8 Buah Kenderaan Lain Di Rawang

Menjadi bualan hangat oleh penduduk Rawang beberapa jam lalu mengenai kemalangan ngeri yang berlaku di kawasan berdekatan Seri Garing Rawang di Selangor.

Melalui perkongsian-perkongsian yang dibuat netizen, mereka mendakwa kemalangan terbabit melibatkan 7 hingga 8 buah kereta dengan sebuah kren.

Menurut perkongsian itu lagi, dilaporkan ada berlaku kematian bagaimanapun tidak dapat dipastikan situasi sebenar, sama ada mangsa tidak sedarkan diri kerana cedera atau terkorban.

Ketika ini, ketika ini keadaan jalan raya di lokasi kejadian sesak teruk dan orang ramai dinasihatkan memilih laluan alternatif.

Anggota Bomba juga sudah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan dan menyelamatkan mangsa kemalangan.

Gambar-gambar serta video kemalangan turut dikongsikan di laman facebook ketika ini.

Afiq Ajemy
Afiq Ajemy
Afiq Ajemy
Afiq Ajemy
Afiq Ajemy
Afiq Ajemy
Rawangku万挠.古RawangCool
Rawangku万挠.古RawangCool
Rawangku万挠.古RawangCool
Rawangku万挠.古RawangCool
Rawangku万挠.古RawangCool
Rawangku万挠.古RawangCool

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.