Siakap Keli

”Islam Adalah Agama Keamanan”, Ribuan Warga Pakistan Berkumpul Bentuk Imej Masjid Memperingati Tragedi Serangan Christchurch

Beribu-beribu warga Pakistan yang mengenakan pakaian putih berkumpul di daerah Punjab’s Jhang semalam bagi memperingati mangsa serangan Christchurch di New Zealand bulan lepas.

Beberapa keping gambar yang diambil menggunakan dron menunjukkan orang ramai berkumpul dan membentuk imej masjid dan perkataan ‘Islam Is Peace’ di kawasan padang lapang.

Manakala, di kawasan sekitarnya kelihatan bendera Pakistan dan New Zealand dikhibarkan oleh orang ramai. Satu kain rentang tertera ‘Bersolidariti bersama-sama waris mangsa serangan Christchurch dari Pakistan’ turut kelihatan.

Himpunan ini dilapor dianjurkan oleh Muslim Institute, sebuah badan bukan kerajaan sebagai usaha mempromosikan keamanan di seluruh dunia.

Dalam serangan berdarah di dua buah masjid tersebut, lebih 50 orang mangsa yang ingin menunaikan solat Jumaat maut menjadi mangsa tembakkan oleh pengganas berasal daripada Australia.

Suspek telahpun dikenakan sebanyak 50 pertuduhan bunuh dan 39 pertuduhan cubaan membunuh.

9 orang daripada mangsa merupakan warga Pakistan termasuklan Naeem Rashid yang terkorban dalam usahanya mahu menjatuhkan penyerang daripada terus melepaskan tembakan.

Penganjur turut menyatakan ucapan terima kasih kepada Kerajaan New Zealand di atas sumbangan mereka dalam membantu komuniti Islam di sana yang berada dalam detik-detik kesulitan.

Sumber: Pakistan Today

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.