Siakap Keli
MUAR, 24 Julai -- Menteri Besar Datuk Osman Sapian (kiri) bertukar dokumen perjanjian bersama Ketua Menteri Melaka Adly Zahari selepas menandatangani Perjanjian Tambahan Air Kedua antara Johor dan Melaka menerusi Perjanjian Air Sungai Muar hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kronologi Peristiwa Dan Kontroversi Perletakan Jawatan Datuk Osman Sapian Sebagai MB Johor

Berikut adalah kronologi peristiwa serta kontroversi yang melibatkan Datuk Osman Sapian sehingga membawa kepada perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor  pada Isnin lepas.

12 Mei, 2018  — Anggota Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah

sebagai MB Johor yang ke-16 di Istana Bukit Serene.

12 Mei, 2018 — Osman mengeluarkan kenyataan mengenai Pakatan Harapan di Johor tidak akan

memberikan peruntukan kepada pembangkang tetapi ditegur oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu

Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari kemudian.

11 Jan, 2019 — MB Johor menafikan memasuki perairan Singapura ketika lawatan di perairan

negara seperti didakwa kerajaan Singapura.

14 Feb 2019  — Osman yang terpalit kontroversi isu sijil palsu, mengakui tidak menamatkan pengajian

ketika menuntut di Kolej Pertanian Malaya, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Universiti Pertanian

Malaysia (UPM) itu. Beliau turut meminta maaf secara umum kepada rakyat terhadap kekeliruan dan salah faham berhubung kelayakan akademiknya.

17 Mac, 2019  — Osman memperjelaskan lawatannya  ke Batam ketika Johor dilanda bencana

pencemaran kimia Sungai Kim Kim, sebagai lawatan kerja yang telah dirancang dan turut

memendekkan lawatan kerja itu daripada tiga hari kepada  kurang daripada sehari.

8 April 2019   — Osman bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya untuk

membincangkan statusnya sebagai Menteri Besar Johor.

9 April 2019 (pagi) — Osman didapati tidak hadir pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di

Putrajaya dan digantikan dengan wakil rasmi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar

dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal.

9 April (petang)   — Dr Mahathir mengesahkan menerima surat perletakan Osman Sapian sebagai MB

Johor berkuat kuasa Isnin (8 April).

13 April 2019 — Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima perletakan jawatan Osman         sebagai Menteri Besar. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani yang mengesahkan perkara itu, turutmenyatakan perkenan tuanku untuk melantik Menteri Besar Johor yang baharu.

14 April 2019 — Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit – BERNAMA

Nur Farra