Siakap Keli
bustle.com

Genap 107 Tahun Peristiwa Tenggelamnya Kapal Titanic

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar tentang kisah tragik kapal RMS Titanic yang tenggelam di tengah lautan Atlantik Utara pada tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang mewah pada ketika itu tenggelam setelah melanggar bongkah ais gergasi di lautan tersebut.

Sebut sahaja “TITANIC” pasti seluruh dunia mengetahui kisah tragik yang pernah menimpa kapal itu. Selain dibukukan menjadi sebuah novel, Titanic turut difilemkan pada tahun 1997.

Pada hari ini, genaplah 107 tahun peristiwa ini berlaku dan terdapat beberapa sorotan yang telah ditulis oleh penulis dari The Patriots sempena mengingati kejadian tragik itu. Mari baca penulisan dari beliau.

Menyambut ulang tahun ke 107 Tragedi Tenggelamnya Titanic. 

Mari menyelusuri detik-detik akhir Titanic.

bustle.com
Malam itu laut sungguh tenang, tiada ombak, di langit juga tidak kelihatan bintang dan awan. Kosong. Seperti kata Kapten Smith, seperti kolam yang tenang.
Tepat 11.39 malam 14 April, ketika kebanyakan penumpang sedang dibuai lena, kru-kru di ruang pengemudi mula panik. Di hadapan mereka kini terdapat sebongkah aisberg. Pemerhati Lee dan Hitchens membunyikan loceng amaran sambil memberi amaran melalui corong kepada ketua pegawai.
Ketua Pegawai Murdoch mengarahkan supaya kapal berada di dalam keadaan “hard to port”. Namun, dengan kelajuan 21 knot, mereka tidak sempat mengelak aisberg tersebut.
Akhirnya mereka melanggar sisi kapal.Ketika perlanggaran berlaku, ramai yang tidak sedar akan keadaan itu. Rata-rata sedang lena dibuai mimpi ataupun sedang membuat kerja sendiri

Contohnya, Mauritz Håkan Björnström-Steffansson sedang menikmati minuman lemon panas di ruang legar kelas pertama.

Pegawai Kedua Lightoller sedang baru bersiap siap untuk tidur, lantas Pereka Kapal Thomas Andrews mengadakan mesyuarat tergempar.

Andrews menyatakan kapal hanya bertahan selama satu jam. Paling kuat dua jam.
cellcode.us

Kapten Smith kemudiannya mengarahkan operator radio Phillips untuk menghantar mesej bantuan pada pukul 12.05 tengah malam.

tashful.wordpress.com

Di bahagian penumpang, para penumpang mula memenuhi ruang legar setelah mendapat arahan untuk meninggalkan kapal.

Ada sesetengah mereka tidak mahu berganjak untuk meninggalkan kabin.

Operasi untuk meninggalkan kapal bermula pada 12.30 tengah malam. bot keselamatan #8 merupakan bot pertama dilancarkan. 28 penumpang menaiki bot tersebut walaupun jumlah kapasiti bot boleh memuatkan 70 orang.
thepatriots.asia
Lebih memeranjatkan, bot keselamatan #1 hanya terdapat 12 orang. Antara mereka termasuk Sir Cosmo Duff Gordon.
Air laut mula menenggelamkan bahagian hadapan kapal.
cellcode.us

Para Orkestra Titanic pula memainkan muzik untuk menenangkan para penumpang.

cellcode.us
Beberapa minit sebelum operasi keselamatan dilancarkan, 80 batu dari kedudukan Titanic, RMS Carpathia menerima mesej mereka dan menuju ke lokasi Titanic dengan kelajuan 17 knot.
Jam menginjak pukul 1 pagi, separuh kapal mula ditenggelami air. Keadaan menjadi makin panik.
baomoi.com
Ada sesetengah penumpang tidak berada di dek bot untuk menyelamatkan diri. Mereka memilih untuk kekal.

Contohnya W.T Stead masih kekal membaca buku di bilik merokok kelas pertama.

Benjamin Guggenheim pula memakai pakaian terbaik untuk menghadapi kematian sambil meminum brandi.

picswe.com
Howard Carter, Henry Widener dan lain lain sedang menghantar isteri mereka buat kali terakhir.
Orkestra Titanic juga bermain muzik di atas dek bot buat kali terakhir. Mereka memainkan lagu Nearer My God To Thee // Songe D Autumn.
imgur.com
Bot “collapsible” B merupakan bot keselamatan terakhir dilancarkan pada 2.05 pagi. Selepas itu, tinggallah 1517 penumpang yang masih berada di atas kapal.
Kini 1517 penumpang di atas Titanic hanya menunggu masa. Father Thomas Byles memberikan ceramah terakhir kepada semua penumpang kelas ketiga.
Tepat 2.20 pagi, 2 jam 40 minit selepas insiden, Titanic tenggelam ke dasar lautan Atlantik Utara sedalam 8000 meter.
iol.co.za
Daripada 2224 penumpang, hanya 710 penumpang yang terselamat. Penumpang yang terselamat kemudiannya diselamatkan oleh RMS Carpathia.
Walaupun 107 tahun telah berlalu, namun, kejadian Titanic tak akan terjadi. Di tengah tengah lautan Atlantik kini, bersemadinya sebuah kapal yang pernah menggegarkan industri maritim hingga ke saat ini bersama 1172 nyawa yang lain di dasar laut itu.
cellcode.us

Sumber: ThePatriots

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"