Siakap Keli

(Video)Terkini: Bangunan Notre Dame Catheral di Perancis Terbakar Teruk, Banyak Karya Seni Berharga Mungkin Hangus

16 Apr – Bangunan Notre Dame Catheral di Perancis mengalami kebakaran yang teruk sehingga bahagian puncaknya runtuh sebentar tadi.

Video-video yang tersebar di sosial menunjukkan bangunan itu dimakan api marak dan detik-detik runtuhnya puncak bangunan bersejarah itu.

Dalam pada itu, jurucakap bangunan itu berkata seluruh bahagian kayu bangunan terbabit terbakar dan mungkin sudah musnah.

Notre Dame merupakan antara tarikan pelancong di Perancis dan juga merupakan gereja katolik zaman medieval di Perancis yang menjadi lambang kemegahan di negara tersebut.

Punca kebakaran tersebut masih belum diketahui namun media Perancis yang memetik pasukan bomba Perancis sebagai berkata satu projek renovasi $6.8 juta mungkin ‘mempunyai penglibatan’ dalam kebakaran ini.

Sumber: The HillBoston Globe

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....