Siakap Keli

Jururawat Kongsi Cara Berpuasa Bagi Ibu ‘Breastfeeding, Elak Gangguan Penghasilan Susu Kerana Dehidrasi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kurang 20 hari lagi sebelum menyambut bulan Ramadhan iaitu bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Ini adalah bulan terbaik untuk kita memperbaiki segala perbuatan dan bermuhasabah diri melakukan amal ibadat kepada-Nya. Mungkin ramai yang mula sedar bahawa berpuasa bukan sahaja dilaksanakan atas tuntunan agama tetapi sebenarnya ia juga bertujuan untuk meningkatkan ‘taraf’ kesihatan seseorang.

Hal ini berikutan kajian Adventures in Therapeutic Fasting yang dilakukan oleh Dr Lonny J. Brown mendapati bahawa puasa dapat merehatkan  dan membuang segala kotoran serta toksin dari tubuh seseorang. Puasa juga dipercayai menyembuhkan beberapa jenis penyakit yang melibatkan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Namun beberapa persoalan mula muncul terutamanya tentang ibu mengandung dan menyusukan anak kecilnya. Dalam Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diharuskan untuk berbuka jika berpuasa itu dapat memberikan kemudaratan kepada ibu dan bayi. Oleh itu, seorang jururawat, Bel Newhan memuat naik perkongsikan di laman Facebook tentang tips berpuasa bagi golongan ini. Menurutnya :

Antara perkara yang merisaukan ibu dengan perjalanan menyusukan secara ekslusif dan mengikut demand adalah kekurangan susu sewaktu berpuasa.

Sedangkan ada kajian telah dilakukan menunjukkan berpuasa tidak menyebabkan susu menjadi kurang penghasilan melainkan si ibu mengalami dehidrasi teruk. Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan.

Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Tubuh dan hormon wanita ini unik kerana secara automatik penyusuan tidak akan terganggu kerana tubuh akan melakukan penyesuaian apabila perlu terutama di bulan Ramadhan.

Apabila kita sebagai ibu yang sedang menyusukan anak memenuhi demand dan supply yang dikehendaki, seharusnya tidak ada masalah yang akan berlaku.

Gambar : 123rft

Bagaimana kita nak pastikan bekalan nutrisi kita mencukupi sepanjang Ramadhan dan tidak menganggu penghasilan susu kerana dehidrasi.

1. Mesti minum air secukupnya.

Minum air yang cukup boleh elakkan gejala dehidrasi. Dengan minum air yang cukup, proses penghadaman, pencernaan dan penghasilan susu badan akan berfungsi dengan baik.

Sebaiknya, ibu yang tengah menyusu untuk minum setiap selang masa 1 jam selepas berbuka. Jangan lupa segelas air setiap kali mahu pam susu dan selesai pam susu.

2. Ambil makanan berkarbohidrat dan protein secukupnya. Elak makanan bersumberkan tin, tinggi garam sewaktu bersahur.

Pengambilan makanan tinggi protein seperti ikan atau telur semasa sahur dan berbuka boleh mengelakkan berlakunya keadaan kurang penghasilan susu ketika berpuasa.

Ibu juga digalakkan ambil makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti oat, bijirin, kekacang, pasta dan lain-lain lagi kerana ia membekalkan tenaga sepanjang hari.

Mengambil makanan tinggi garam atau masin pula boleh menyebabkan anda mudah merasa dahaga dan letih kerana ternyahidrasi.

Gambar : Momjunction

3. Gantikan amalan berbuka dengan makanan manis, berminyak, kuih-kuih kepada makanan berkhasiat.

Ambil buahan kaya vitamin C serta sayuran berserat yang boleh bantu dalam keperluan ibu menyusu.

4. Lewatkan waktu bersahur.

Cara ini secara logiknya akan menyebabkan ibu tidak cepat merasa lapar.

5. Pam secara konsisten dan berjadual.

Fisiologi penghasilan susu adalah apabila anak kerap menyusu. Ia berlaku kerana ransangan yang berlaku sewaktu anak menghisap dan memberi signal pada hormon prolaktin. Rumusnya senang, ada demand ada supply.

Ambil masa untuk mengepam untuk menghasilkan supply mencukupi. Ibu boleh teruskan waktu mengepam pada waktu siang seperti biasa dan menambah sesi mengepam di waktu malam jika perlu. Ada kajian menunjukkan hormon prolaktin dihasilkan lebih banyak pada waktu malam.

Gambar : Hayessp

6. Kekal positif dan tetapkan mindset anda untuk memastikan susu anda tidak berkurang produksinya.

Anda perlu positif bahawa susu anda mencukupi untuk anak anda. Dapatkan kerjasama suami sepanjang bulan Ramadhan untuk ini. Pastikan anda tidak terlalu letih dan stress agar tidak menganggu penghasilan susu.

A. Agama kita sendiri memberi keringanan untuk ibu menyusu yang cepat merasa lapar dan letih. Hal ini bagi mengelakkan ibu dan anak terjejas dari sudut kesihatan.

Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Nabi SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.”

B. Anda boleh menilai sama ada bayi anda cukup susu atau tidak melalui:

– Kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari)
– Air kencing yang pekat atau kekerapan tukar pampers yang kurang.
– Berat badan tidak bertambah.
– Ubun-ubun melekuk kedalam.
– Kulit kelihatan kering dan lidah mempunyai kesan putih.
– Bayi kurang aktif.

Gambar : Istockphoto

C. Ibu perlu menilai satu demi satu keadaan sama ada perlu terus berpuasa atau berbuka demi kebaikan kesihatan ibu dan anak.

Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-

1. Risau tentang keselamatan dirinya
2. Risau tentang keselamatan anaknya

Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”

D. Ibu perlu tahu, agama tidak pernah menyusahkan kaum ibu dan sentiasa ada kelonggaran untuk itu.

Tak perlu ambil supplement tambahan atau booster melainkan atas nasihat doktor bertauliah. Jangan membazir duit.

Yang penting, JANGAN tinggal sahur.

Rujukan

[1] Prentice AMPrentice ALamb WHLunn PGAustin S. (1983). Dicapai dari Metabolic Consequences of Fasting During Ramadan In Pregnant and Lactating Women pada 16 April 2019

[2]Ertem IO1Kaynak GKaynak CUlukol BGulnar SB. (2001). Dicapai dari Attitudes and Practices of Breastfeeding Mothers Regarding Fasting in Ramadan pada 16 April 2019

[3] Abul Harith. (2008). Dicapai dari Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding) pada 16 April 2019

[4] Lonny J. Brown. (2010). Dicapai dari Adventures in Therapeutic Fasting pada 16 April 2019

Sumber : Bel Newhan 

fildza Zainal

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di