Siakap Keli

”Mainan Ini Nampak Biasa Tapi Penuh Dengan Darah Abdullah,” Kisah Syahid Kanak-Kanak Syria Ini Meruntun Hati

Negara Islam Syria, berada dalam kancah peperangan terburuk. Malaysia tidak terlepas sebagai sebuah negara yang aktif menghulurkan bantuan membantu rakyat Islam di sana. Tidak terkecuali, artis dan aktivitis kemanusiaan, Heliza Helmi yang menjejakkan kaki ke negara bergolak itu baru-baru ini.

Dia yang kini masih berada di Syria telah berkongsi kepada umum pelbagai kisah rakyat Syria yang menyentuh hati. Salah-satu yang meruntun perasaan ramai, kisah kereta mainan berwarna merah milik seorang kanak-kanak bernama Abdullah yang ditemui oleh para aktivis.

Siapakah Abdullah?

Abdullah, berusia 7 tahun sama seperti kanak-kanak lain yang mahu bermain. Tanpa mengerti apa-apa, anak itu berlari ke sana-sini bersama kereta mainanya yang berwarna merah di luar rumah. Secara tiba-tiba serangan berlaku sekaligus mematikan segala impian dan masa depan kanak-kanak itu.

Kenderaan ke syurga

Abdullah, anak kecil itu syahid kerana dibom. Apa yang tinggal hanyalah kereta mainan yang bermandikan darah. Berbahagialah wahai bakal ahli syurga, tiada lagi dunia yang kejam.  Berlari-larilah di sana dengan bebas dan riang. Sebak!

Jangan tonton video ini jika anda tak kuat

Takkan kita nak menonton video ini sahaja tanpa berbuat apa apa? Ayuh bersama-sama membantu saudara Islam kita yang sedang menderita.

Hulurkan sumbangan anda menerusi :

Maybank Islamic
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

atau

www.tabungsyria.com

Sumber video : nurhelizahelmi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.