Siakap Keli

Sayu, Pondok Kecil Daif Dihuni Lima Beranak, Si ibu Masih Dalam Pantang 21 Hari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika anda merasakan hidup ini sukar, masih ramai lagi mereka yang tidak bernasib baik dalam kehidupan. Mempunyai tubuh badan yang sihat, rumah untuk berteduh, makanan untuk dimakan setiap hari sebenarnya merupakan nikmat yang ramai tidak mensyukurinya.

Perkongsian oleh seorang individu mengenai sebuah keluarga di kawasannya yang hidup dalam keadaan daif menyuntik rasa insaf dalam diri. Bayangkan pondok kecil sebesar satu bilik itu dihuni oleh lima beranak. Sudahlah terpaksa berpanas tanpa eletrik, sumber air pula meminta simpati jiran tetangga.

Sayu melihat wajah anak-anak yang masih kecil terpaksa mengharungi kesukaran termasuk bayi yang baru dilahirkan berusia 21 hari. Secebis kisah ini diharap dapat membuka mata agar mensyukuri nikmat yang kita ada. Moga bantuan seluruh rakyat Malaysia membantu meringankan beban keluarga ini.

Update kisah viral semalam. Saya dah minta izin keluarga ni untuk up posting ni.

Keluarga ni tinggal di Kampung Ladang, Gelang Patah Johor. Saya tak dapat detail alamat penuh rumah dia, sebab rumah tu tak bernombor.. hanya pondok kecik yang muat 3 orang dewasa..

Boleh cari rumah dia di Kg Ladang, rumah dia betul-betul sebelah jambatan 2nd link.. senang nak cari.. kalau tak dapat cari boleh minta tolong penduduk kg tunjuk kan.. InsyaAllah diorang boleh tolong tunjukkan.

Anak yang masih ditanggung 3 orang, 7 tahun, 4 tahun dan bayi 21 hari. Rumah tiada bekalan air dan eletrik (mandi minta air rumah jiran), baby minum susu dugro (rujuk gambar), pampers saiz S, masak pakai dapur gas kecik (rujuk gambar).

Nombor acc bank tiada. No telefon dia tak ingat, (tadi hp dia mati, tak dapat ambil nombor dia).

Siapa-siapa nak bantu keluarga ni boleh terus ke rumah dia, tadi ibu baby cakap baju baby dah ada banyak, tapi kalau orang nak bagi dia ambil je..

Dari yang saya lihat keluarga ni lebih perlukan keperluan asas, makanan untuk anak dan baby..(ibu pon perlu makanan sihat, sebab baru melahirkan bayi). Mana yang dah wakilkan saya untuk sampaikan sumbangan, saya akan sampaikan secepat yang mungkin.

Pada yang tak nak membantu, tolong diam dan tolong jangan pertikaikan latar belakang ibu bapa baby ni.. bersihkan hati, ini ujian diorang.. ujian kita belum tahu lagi.

Number wasap saya 01137384330.

Perkembangan terbaru :

Kunjungan dari Yb En. Dzulkefly, JKM dan MPKK Kg Ladang. Alhamdulillah, terima kasih semua.

Sumber : Dirahsiakan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.