Siakap Keli
Gambar: Gulflance

(Video) Lelaki Arab Sewa Keseluruhan Pusat Beli-Belah Untuk “Shopping” Sambil Menaiki Kereta

Sebuah video yang menunjukkan dua orang lelaki Arab berkunjung ke sebuah pusat beli-belah menjadi tular di media sosial apabila mereka dilihat membeli-belah sambil memandu kereta di salah satu tingkat bangunan itu.

Dalam klip tersebut, salah seorang daripada lelaki berkenaan dilihat sedang memandu keretanya di dalam sebuah pusat beli-belah yang bernama Riyadh’s Al Qasr.

Seorang pengawal keselamatan pusat beli-belah tersebut dilaporkan telah merekodkan insiden yang menyaksikan lelaki itu memandu keretanya di dalam pusat beli-belah berkenaan. Lelaki itu kemudiannya meletakkan kenderaannya itu di hadapan salah sebuah kedai yang terdapat disitu untuk membeli belah di kedai tersebut.

Dalam video yang berdurasi 24 saat itu, pengawal keselamatan tersebut mendakwa bahawa lelaki tersebut telah menyewa keseluruhan pusat beli-belah tersebut untuk bersiar-siar didalamnya.

Walau bagaimanapun, tarikh serta waktu kejadian tidak dapat disahkan buat masa ini.

Sumber: Khaleej Times

Aqmal Ezany

I write what is right