Siakap Keli
Gambar Hiasan

Wanita Bangun Tidur Lewat Risiko Alami Depresi Lebih Tinggi Berbanding Wanita Bangun Awal

Sememangnya amat sukar buat kita untuk bangun lebih awal jika tidur terlalu lewat pada malam hari. Namun, penemuan kajian terbaru menunjukkan wanita yang bangun awal sukar untuk mengalami kemurungan jika dibandingkan dengan mereka yang bangun lewat.

Beritahati.com

Kajian yang dijalankan oleh saintis dari University of Colorado Boulder, Brigham itu telah dibuat di sebuah Hospital Wanita di Boston. Pengkaji telah meneliti seramai 32,000 pesakit wanita dengan purata usia 55 tahun sebagai responden di dalam kajian tersebut.

Penyelidik juga mendapati pesakit wanita yang tidak gemar untuk bangun di awal pagi akan mudah terdedah kepada kemurungan. Penemuan kajian tersebut kemudiannya telah direkodkan di dalam Journal of Psychiatric Research. Penyelidik juga turut mencadangkan supaya pesakit bangun lebih awal dari biasa untuk menangani masalah mental ini berlaku.

Gambar Hiasan

 

Seramai 32, 470 wanita dari Nurses’ Health Study telah diarahkan untuk mengisi borang tinjauan kesihatan setiap dua tahun sekali. Mereka diminta untuk menjawab soalan mengenai waktu tidur mereka termasuklah waktu bangun tidur dan kelakuan mereka selepas bangun tidur.

Hasil dari tinjauan tersebut, 37 peratus kerap bangun di awal pagi. 53 peratus bangun di tengah hari dan lagi 10 peratus daripada mereka kerap bangun di waktu petang. Penyelidik turut mengatakan kronotaip yang dikaji dalam tinjauan ini amat penting kerana ianya akan mempengaruhi risiko seseorang individu mengalami kemurungan.

Hingga saat ini, kajian ini merupakan salah satu kajian yang paling besar yang pernah dijalankan untuk mengkaji kesan kronotaip yang bepotensi mendatangkan risiko kemurungan kepada wanita. Menurut para penyelidik lagi, wanita yang bangun awal pagi mempunyai peluang sebanyak 12 hingga 27 peratus untuk tidak mengalami kemurungan jika dibandingkan dengan mereka yang kerap bangun pada waktu tengah hari dan petang.

Fakta yang lebih menarik lagi, wanita yang kerap tidur pada lewat malam atau digelar burung hantu ini juga cenderung untuk tidak dapat mencari pasangan hidup dan berkemungkinan akan bujang selamanya. Hal ini demikian kerana mereka yang tidur lewat malam ini cenderung untuk mempunyai pola tidur yang tidak konsisten dan seterusnya menyumbang kepada kemurungan.

Ketua kajian, Dr Celine Vetter yang juga merupakan seorang pengarah di University’s Sleep Lab mendakwa kronotaip seorang wanita turut mempengaruhi risiko kemurungan. Tambahnya lagi selain faktor persekitaran dan gaya hidup, kronotaip seperti berapa banyak cahaya matahari yang terdedah kepada seorang wanita turut mempengaruhi risiko kemurungan.

Kemurungan adalah satu keadaan yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Walau bagaimanapun, penyakit ini masih boleh dirawat dengan perubahan gaya hidup, ubat-ubatan dan sesi kaunseling bersama pakar.

Berat badan, aktiviti fizikal, penyakit kronik, tempoh tidur dan kerja di shift malam merupakan antara faktor yang boleh menyebabkan kemurungan. Tambah Dr Vetter lagi untuk mengurangkan keadaan mental ini dari berlaku banyak sahaja perkara yang boleh dilakukan oleh mereka antaranya tidur lebih awal dan membanyakkan untuk melakukan aktiviti fizikal di luar rumah.

Sumber: Elite Readers

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.