Siakap Keli

”Dah Tegur, Tapi Mereka Kata Saya Tak Boleh Buat Apa-Apa,” Lelaki Kecewa Sikap ‘Bikers’ Dari Negara Jiran Merokok Di Stesen Minyak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang lelaki bernama Thiagajarah Nesan telah meluahkan rasa kesalnya dengan sikap sekumpulan penunggang motosikal berkuasa besar yang dipercayai dari negara jiran di mana kumpulan ‘biker’ berkenaan didakwa tidak mengendahkan papan tanda larangan merokok di stesen minyak.

Kerana tindakan berbahaya biker tersebut, dengan rasa tanggungjawab Thiagarajah telah bertindak menegur perlakuan ‘biker’ tersebut namun  kumpulan itu didakwanya tidak mahu menerima tegurannya.

Malah, kumpulan lelaki terbabit didakwa berkata tiada tindakan yang boleh dilakukan ke atas mereka walaupun secara jelas adalah satu kesalahan merokok di zon larangan yang sudah terpampang papan tanda “Dilarang Merokok”.

Berikut adalah perkongsian beliau mengenai kejadian berkenaan dikatakan berlaku di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh.

“Saya memberi teguran kepada mereka tetapi mereka mencabar saya pula dengan berkata saya tidak boleh berbuat apa-apa kepada mereka.

Dia kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada kakitangan stesen minyak berkenaan tetapi mereka memberi alasan bahawa orang atasan mereka tidak berada di situ.

Setelah itu, dia melaporkan kepada pihak lembaga lebuhraya tetapi mereka juga berkata tiada apa yang boleh dilakukan dan meminta dia menviralkan kejadian itu di facebook.

“Tolong viralkan insiden ini agar pesalah boleh dikenakan hukuman dan biar mereka tahu bahawa di negara kita Malaysia kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan,” katanya.

Jelas Thiagarajah, tujuan dia menularkan insiden ini di Facebook semata-mata kerana keselamatan orang ramai bukan kerana isu kewarganegaraan.

Katanya, tidak menghiraukan mengenai peraturan undang-undang di stesen minyak boleh menyebabkan kejadian yang buruk berlaku.

“Terdapat satu tangki petrol yang jaraknya hanya 50 meter saja dari tempat mereka merokok. Jadi cuba bayangkan kesan yang akan terjadi jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“Pagoh juga merupakan tempat di mana banyak bas ke Selatan berhenti rehat dan ramai keluarga dan kanak-kanak. Saya fikirkan keselamatan ramai ditambah dengan cuaca yang panas, apa-apa saja boleh berlaku,” katanya.

Sumber : Thiagarajah Nesan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.