Siakap Keli

Isu Tukar Nama KLIA: Kementerian Pengangkutan Belum Terima Permohonan Rasmi Dari Kerajaan Selangor

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang terletak di Sepang, Selangor merupakan lapangan dan pintu masuk utama negara.

Bagaimanapun, tular di media sosial sekeping surat yang mencadangkan nama lapangan terbang tersebut ditukar daripada KLIA kepada Sepang International Airport (SIA).

Cadangan yang dipercayai dibangkitkan oleh salah seorang ADUN di Selangor itu setelah berpendapat nama baru lebih mencerminkan lokaliti memandangkan lapangan terbang tersebut terletak di daerah Sepang.

Menurut surat itu lagi, cadangan yang diutarakan YB berkenaan juga dikatakan seiring dengan nama lapangan terbang antarabangsa yang menggunakan lokaliti sebagai nama rasmi lapangan terbang tersebut.

Dalam surat yang sama juga, cadangan berkenaan juga dikatakan akan dibawakan kepada mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara untuk dibincangkan dalam mesyuarat.

BERNAMA Radio dalam kemaskini di laman facebook portal beritanya, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan rasmi berhubung perkara tersebut.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pengangkutan tidak terima permohonan rasmi daripada Kerajaan Selangor untuk tukar nama KLIA kepada Sepang International Airport.

Sumber: BERNAMA Radio

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.