Siakap Keli

(Video) Bas Berputar-Putar Jatuh Lereng Bukit, Sekurang-Kurangnya 29 Orang Maut Di Lisbon

Sekurang-kurangnya 29 orang pelancong warga Jerman dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Lisbon, Portugal, semalam.

Beberapa keping gambar dan video kejadian ngeri tersebut turut dimuat naik di media sosial. Menurut laporan CNA, bas yang membawa mangsa dilaporkan terbabas di lereng bukit berdekatan Pulau Madeira sebelum berputar beberapa kali dan menghentam sebuah rumah.

Dilaporkan mangsa yang terkorban terdiri daripada 17 wanita dan 11 lelaki manakala 21 orang lagi mengalami kecederaan.

28 orang mangsa dilaporkan terkorban di tempat kejadian manakala mangsa maut ke-29, seorang wanita, meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Berdasarkan gambar-gambar dan video yang tular, dapat dilihat beberapa kain berwarna putih yang dipercayai digunakan bagi menutup mayat.

Ketika kejadian, bas berkenaan dipercayai membawa sekitar 50 orang penumpang.

Sumber: CNA 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.