Siakap Keli

“Wanita Muslim Itu Ditendang Dan Ditumbuk,” Tindakan Polis Dikecam Masyarakat, Wartawan Ini Bongkar Kisah Sebenar Disebaliknya

Malam tadi tular sebuah video di laman twitter tentang insiden seorang wanita muslim yang ‘dibelasah’ oleh pegawai polis. Video yang berdurasi 22 saat itu menggegarkan twitter dan mendapat kecaman dari orang ramai. Dikatakan bahawa kejadian itu terjadi di sebuah bandar di Belanda.

Klip tersebut memaparkan seorang wanita yang berhijab ditendang di bahagian perutnya selepas cuba menghalang tindakan polis yang cuba menangkap seseorang wanita.  Wanita berhijab berkenaan sebenarnya cuba menghalang polis terbabit dari terus menendang wanita berkenaan  namun dirinya pula yang menjadi mangsa. Tidak cukup dengan itu, polis kemudiannya menumbuk muka wanita muslim terbabit.

Insiden telah menaikkan kemarahan global dan mendakwa bahawa polis telah melakukan keganasan kepada wanita dan berkelakuan sedemikian rupa kerana wanita berkenaan merupakan seorang muslim.

Namun benarlah kata orang, kita tidak boleh mendengar cerita dari satu pihak sahaja. Terbaru, pengguna twitter telah ‘menjumpai’ video penuh insiden itu yang dimuat naik oleh seorang wartawan dan jurugambar, Andy Ngo.

Menurut Andy, video yang dipaparkan sebelum ini bukanlah video yang penuh. Video sebenarnya memaparkan 2 orang anggota polis yang terlebih dahulu diserang oleh orang awam. Dikatakan bahawa orang ramai bertindak sebegitu kerana mahu menghalang pihak polis dari menangkap seorang lelaki.

Sumber :  TRT World, Andy Ngo

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.