Siakap Keli

28 Ekor Badak Air Mati Secara Tiba-Tiba Di Taman Nasional Ethiopia

Sebanyak 28 ekor badak air (hippopotamus amphibius) secara misteri di Taman Nasional di bahagian barat-daya Ethiopia.

Menurut Lembaga Penyiaran Setempat (FANA), haiwan semi-air itu mati di Taman Nasional Gibe Sheleko, iaitu satu saluran air terbesar di Sungai Omo di sebelah bahagian barat-daya Ethiopia.

Namun begitu, penyebab kematian kesemua haiwan tersebut tidak dapat dikenalpasti dan masih dalam siasatan, dengan mengambil keterangan yang diperoleh dari Bahrua Mega, iaitu ketua penjaga Taman Nasiaonal.

Sumber juga menyatakan bahawa ini bukan kematian pertama malah ia berlaku sejak 14 hari yang lalu, dan ada 15 ekor badak air mati pada satu hari.

Tanda-tanda awal yang dikenalpasti adalah disebabkan kumpulan haiwan tersebut sudah tua, menurut bilik berita Turki, Anadolu. Namun penyebab utama dan lain-lain masih dalam pencarian dan pemantauan pihak penjaga Taman Nasional.

Taman dengan keluasan sekitar 36,000 kilometer persegi itu turut terancam dengan aktiviti haram. Ada beberapa tanda terdapat beberapa pokok telah ditebang secara tidak sah dan ini turut mengganggu pembiakan haiwan-haiwan yang tinggal di sana.

Sumber: Antara News

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia