Siakap Keli

“Benda Boleh Pakai Animasi Luar, Buat Apa Pakai Animasi Sendiri?,” Netizen Bahas Cadangan Pameran Doraemon Promosi Tahun Melawat Malaysia

Kecoh di media sosial apabila ada ura-ura mengatakan satu pameran lukisan kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Isu ini walau bagaimanapun mendapat perhatian orang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Memetik Bernama, Menteri  Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi tidak akan meluluskan cadangan pameran lukisan bertemakan animasi terkenal Jepun, Doraemon, sebagai sebahagian promosi bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 jika dikemukakan kepadanya.

Mengulas tentang kenyataan Pengerusi Balai Seni Negara Datuk Rashidi Hasbullah berhubung cadangan itu dalam satu majlis baru-baru ini, beliau berkata ia adalah kenyataan peribadi Rashidi dan bukan  dipersetujui kementeriannya  bagi tujuan promosi TMM 2020.

“Jika perkara itu dibawa kepada saya, saya tidak akan luluskan,” kata Mohamaddin dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Netizen turut membahaskan isu ini di media sosial dan mempersoalkan bagaimana cadangan itu boleh dibuat. Syarikat animasi terkenal Malaysia, Les Copaque turut terkesan dengan cadangan berkenaan.

Sumber: Twitter, Bernama

Nur Farra