Siakap Keli

Gelagat Budak 12 Tahun Gigih Buat Kerja Sekolah Bawah Lampu Jalan Sentuh Hati Netizen, Ibu Tak Mampu Bayar Elektrik

Video yang menyayat hati menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun harus menyelesaikan kerja sekolahnya bawah lampu jalan kerana ibunya tidak mampu menyediakan perkhidmatan elektrik di rumah mereka.

Dia dilihat baring meniarap di bawah lampu jalan di tepi jalan raya bagi menyelesaikan tugasnya.

Video pengawasan itu kemudian menunjukkan kanak-kanak itu fokus mengubah posisi kedudukannya dengan menggunakan pemadam untuk membetulkan kesilapan yang dibuat.

Walaupun berasal daripada keluarga yang serba kekurangan, dia dipercayai merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah.  Antara yang termuda daripada tiga orang adik-beradik, dia bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis satu hari nanti.

Dalam satu temubual, dia memberitahu media bahawa dia ingin membanteras rasuah yang berleluasa di negaranya.

“Saya nak jadi polis supaya boleh hentikan rasuah yang ada.”

“Saya nak bantu keluarga juga.  Kami tidak punya wang untuk membayar khidmat elektrik.”

Ibunya memberitahu anaknya lebih gemar membuat kerja sekolah di bawah lampu jalan daripada menggunakan lilin.

“Dia lebih selesa begitu.  Dia boleh baring dan menyiapkannya dengan mudah.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra