Siakap Keli
Gambar Hiasan

Mayat Warga Emas Dibaham Buaya Ditemui Di Sungai Pamburung

Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan dibaham buaya pagi Selasa, di Sungai Pamburung, Kilang Sawit KL-Kepong dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati.

Mayat Zainuddin Bedda, 61, warga Indonesia itu ditemui di tepi sungai pada jam 11.34 pagi iaitu kira-kira dua jam selepas pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada 8.56 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, dalam satu kenyataan berkata lima anggota dengan sebuah kenderaan utiliti bomba digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat kecemasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya, 11.38 pagi tadi.

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.