Siakap Keli

Memori 90-an, Kanak-Kanak Ini Kongsi Tutorial Buat Beyblade Dengan Hanya Menggunakan Tin Cat Spray

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mengimbas kembali memori kanak-kanak kita sepanjang tahun 1990 sehingga tahun 2000. Setiap petang, pastinya kita akan berkumpul di halaman rumah mahupun padang untuk bermain bersama rakan-rakan. Tiap masa teruja tak sabar menanti waktu untuk berjumpa mereka kerana ada sahaja aktiviti yang akan dilakukan.

Sanggup berhujan dan berpanas semata-mata untuk bermain galah panjang, baling selipar, jala itik, konda-kondi, lompat getah, lompat tikus, sorok-sorok, tarik upih, teng-teng, guli, sepak bulu ayam, gasing dan congkak. Terleka bermain sehingga Maghrib, ada juga yang hanya pulang selepas dijerit oleh emak atau didatangi ayah sambil membawa rotan. Pasti tersenyum tatkala mengingati semuanya, begitu indah kenangan dahulu.

Gambar : IDN Times

Seiring dengan perjalanan masa, banyak pembaharuan dan inovasi yang telah dilakukan termasuklah dari jenis permainan. Permainan dari luar negara seperti kad, yoyo, crush gear dan beyblade juga pernah menjadi kegilaan dan ‘teman baik’ kepada kanak-kanak pada zaman itu. Walaupun tidak secanggih permainan teknologi sekarang di tablet, komputer dan telefon bimbit, ianya tetap menjadi penghibur terbaik.

Gambar : Taidesignco.com

Sama juga seperti roda, trend permainan zaman 90-an ‘berpusing’ kembali, Beybalde menjadi permainan yang ‘mewarnai’ semula aktiviti kanak-kanak. Mula tular sekitar awal Mac 2019, beyblade ini sentiasa memenuhi ruangan kedai permainan dan menjadi rebutan semua. Tapi yang menariknya apabila ada dalam kalangan kanak-kanak yang kreatif membuat sendiri permainan ini.

Satu perkongsian oleh Fazri Hassan telah viral di laman twitter. Beliau ‘menceritakan’ mengenai kekreatifan anak buahnya yang membuat sendiri beyblade dengan hanya menggunakan barang yang ada di rumah. Ciapan itu mendapat lebih dari 6,600 perkongsian oleh pengguna laman berkenaan.

Lebih mengagumkan, beyblade ini hanya menggunakan bahagian atas (kepala) tin penyembur seperti ridsect, pewangi atau tin pewarna. Selain itu, mereka hanya menggunakan kayu dan tali tangsi sebagai pemegang (launcher).

Launcher buatan dan launcher sebenar
Gambar Hiasan
Gambar : Fazri Hassan
Gambar : Fazri Hassan
Gambar ; Fazri Hassan

Lebih mengagumkan apabila beyblade buatan kanak-kanak tadi boleh ‘beraksi’ persis beyblade yang dibeli di kedai permainan. Malah mereka turut mengadakan pertandingan bermain beyblade tersebut, sungguh meriah!

Ciapan terbabit mendapat pelbagai respon dari netizen. Ramai yang kagum dan memuji kekreatifan dan sikap inovatif kanak-kanak tersebut. Disamping dapat bermain dengan seronok, mereka juga dapat menjimatkan wang dari membeli permainan itu di kedai. Anda boleh memcuba membuat sendiri beyblade ini di rumah tapi untuk kanak-kanak, pastikan anda semua dapatkan pertolongan dari orang dewasa.

Sumber : Fazri Hassan 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.