Siakap Keli

Mulianya Hatimu, Pekerja Restoran Ini Sanggup Tinggalkan Kerja Sebentar Untuk Suap Lelaki Kurang Upaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Restoran 24 jam sememangnya menjadi pilihan ramai dan ia sebenarnya telah wujud sejak dari tahun 70-an di Malaysia. Cuma ia mula popular pada sekitar tahun 2000. Dahulunya kedai makan jenis ini dibuka kerana ‘permintaan’ dari pekerja-pekerja shift malam ketika itu. Selaras dengan perubahan zaman, ia kini dapat menarik semua golongan untuk mengunjunginya.

Jika dahulu restoran jenis ini hanya ‘dibina’ di bandaraya besar namun sekarang ia boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Malah pengunjung pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai keenakkan menu popularnya seperti roti canai, thosai, roti nan, roti tisu, mee goreng dan teh tarik. Hidangan sampingan lain juga turut disediakan seiiring dengan kepelbagaian kaum di Malaysia.

Masuk sahaja ke restoran ini, mata pasti tertancap pada kemeriahan suasananya. Terutama pada musim perlawanan bola sepak, pastinya ia dipenuhi oleh golongan kaki bola yang setia bersama ‘sorakan semangat’ sambil menjamu selera.

Gambar : Klook

Dua hari lalu tular satu kejadian yang berlaku di sebuah restoran 24 jam di Skudai, Johor. Sekeping gambar telah dikongsi di dalam group Whatsapp tentang kemuliaan hati seorang pekerja restoran. Ianya kemudian telah di screenshot lalu dimuatnaik ke laman Twitter oleh Najib Fiqri. Ciapan tersebut kemudiannya tular dalam masa singkat dengan lebih 26,700 kali ulang kicau.

Gambar : Najb Fiqri

Gambar itu memaparkan tindakan pekerja restoran 24 jam yang menyuapkan makanan kepada seorang lelaki kurang upaya. Perlakuan itu membuktikan bahawa pekerja tersebut mempunyai pekerti yang mulia kerana sanggup meninggalkan pekerjaannya sebentar demi membantu seseorang yang memerlukan.

Rata-rata netizen merasa tersentuh dengan tindakan mulia pekerja berkenaan. Moga ia dapat memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana untuk terus saling membantu diantara satu sama lain.

Sumber : Najib Fiqri 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.