Siakap Keli

”Allah Tak Pernah Menganugerah Ketenangan Dari Kemaksiatan,” Teguran Pedas Ustaz Buat Fathia Latiff

Setelah tiga tahun memilih untuk berhijab, Nur Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan tampil melalui imej terbaru yang tidak bertudung. Rambut beliau juga turut dipotong pendek sekaligus berbeza dengan imej wanita feminin seawal waktu kemunculannya dahulu.

Namun menurut Fathia Latiff, sebagai manusia dia bebas melakukan apa sahaja yang dia mahukan. dia cuha mencari ketenangan dengan berhijab tetapi dia tidak mendapat ketenangan itu.

”Saya cuba sebab orang kata bila pakai tudung macam ketenangan tapi saya rasa saya tak dapat ketenangan tu.”

”Dan bila pakai tudung, saya rasa saya jadi diri saya. Kalau saya rasa bahagia saya tak pakai tudung, no one can stop me from being happy.” katanya seperti dipetik dari sebuah portal online.

Perkara itu mendapat reaksi dari ramai netizen yang rata-ratanya kecewa dengan tindakan beliau. Salah seorang yang tampil memberi pandangan adalah pendakwah bebas yang tidak asing lagi di negara ini, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Ikuti perkongsian beliau seperti di bawah.

Saya ingin menasihati mereka yang cuba melawan perintah Allah supaya berhati hatilah saat dunia sementara ini, nikmat kecantikkan, ke mashuran, atau dunia glamour ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Saat nyawa kalian di rentap mengadap di hadapan Allah pastinya kalian akan menyesal tak sudah!!..

Jika kalian merasa hebat dengan kemashyuran kalian, tidak kemana pun kemashyuran saat nyawa di kerongkongan itu!! Allah tidak pernah menganugerah ketenangan dan kebahagian dari kemaksiatan.

Jika pun kalian merasa hebat dengan kemaksiatan itu, sembunyikanlah kemaksiatan itu!! Allah telah menyelamatkan kalian suatu masa dengan ketaatan,berbanggalah saat bertudung itu bukan berbangga dengan melakukan peribadi seumpama ini..

Saya ingin menasihati semua kita, jangan berbangga dengan maksiat!!!!Tidak pernah mereka yang melawan ALLAH berjaya di dunia sementara ini, apatah lagi di akhirat nanti.

Sumber : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.