Siakap Keli

Isteri Penyerang Sri Lanka Letupkan Diri Ketika Rumah Diserbu, Dua Orang Anak Perempuannya Antara Terkorban

Wanita sarat hamil yang merupakan isteri kepada suspek serangan bom berani mati di Sri Lanka minggu lepas bertindak meletupkan diri ketika rumah mereka di serbu pihak berkuasa.

Tindakan tersebut menyebabkan dirinya dan dua orang anak perempuannya serta tiga orang pegawai polis terkorban.

Pihak berkuasa tempatan mendedahkan dua orang suspek utama yang merupakan sudara kandung berasal dari keluarga berada yang terlibat dalam perniagaan rempah-ratus.

Perancang utama berusia 30 tahun merupakan pemilik kepada perusahaan kilang tembaga. Suspek dipercayai meletupkan diri di Hotel Shangri-La.

Manakala adiknya pula yang berkahwin dengan anak kepada pemilik perniagaan barang kemas. Dia dikatakan mempunyai sifat pemurah dan sering menghulurkan sumbangan kepada keluarga-keluarga kurang berkemampuan di Sri Lanka.

Pihak berkuasa telahpun berjaya menahan ayah kepada kedua-dua penyerang yang merupakan orang terhormat dalam masyarakat untuk disiasat.

Menurut pihak berkuasa lagi, kesemua penyerang teramsuk dua orang adik beradik tersebut merupakan golongan terpelajar termasuklah mempunyai kelulusan undang-undang dan daripada keluarga berada.

Antara lain suspek-suspek juga dikatakan belajar di United Kingdom dan Australia.

Sumber: news.com.au

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.