Siakap Keli

(Gambar & Video)Terowong Tertinggi Di Dunia Akhirnya Dibuka Di China, Belah Gunung Mila Sepanjang 5.7 Kilometer

Terowong dua hala tertinggi di dunia yang terletak pada ketinggian 4,750 meter dari aras laut akhirnya dibuka kepada pengguna, di Gunung Mila, Tibet, sebuah wilayah autonomi dibawah China.

Terowong berkenaan yang mempunyai panjang sejauh 5.7 kilometer merupakan sebahagian daripada lebuhraya baru sepanjang 400 kilometer menghubungkan bandar Lhasa dengan Nyingchi.

Kerja-kerja pembinaan terowong berkenaan dimulakan pada tahun 2015 di kawasan pergunungan setinggi 5,018 meter dan siap sepenuhnya pada Isnin lepas.

Dengan adanya terowong berkenaan, perjalanan melalui gunung berkenaan berjaya dipendekkan daripada laluan lama sejauh 18 km.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan terowong serba baru itu turut tersebar di media sosial.

 

Sumber: Xinhuanet

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.