Siakap Keli

End Game Kutip Lebih RM 4 Bilion Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan Di Seluruh Dunia

Filem terbaru Marvel Studio, The Avengers: End Game mencatatkan kutipan USD 1.2 bilion (RM 4.96 Bilion) di seluruh dunia sejak ditayangkan bermula Rabu.

End Game menjadi filem kelapan terbitan Marvel Studio yang berjaya melapasi angka kutipan bilion dan filem paling pantas dalam sejarah mencecah angka berkenaan.

Jumlah berkenaan jauh meninggalkan kutipan minggu pembukaan yang dicatatkan oleh siri Star Wars melalui The Force Awakening pada 2015 yang hanya meraih USD 517 juta (RM 2.13 Bbilion) seluruh dunia.

Dua lagi filem Marvel yang mencatatkan kutipan minggu pembukaan yang tinggi adalah Black Panther iaitu dengan kutipan USD 426 juta (RM 1.7 bilion) dan Infinity War iaitu USD 630 juta (RM 2.6 bilion).

Menurut Marvel Studio, End Game merupakan filem terakhir dalam Marvel Universe Fasa Ketiga sebelum beralih kepada Fasa Empat.

End Game mula ditayangkan di beberapa buah negara antaranya China, Singapura, Malaysia, Korea Selatan sejak Rabu lepas.

Sumber: The Verge

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.