Siakap Keli
Evening Standard

‘Kereta Kebal’ Liverpool Dinobat Pemain Terbaik PFA, Raheem Sterling Rangkul Pemain Muda Terbaik

Awal pagi tadi berlangsung Anugerah Professional Footballers Association (PFA) untuk menobatkan pemain terbaik tahun 2019 bagi pemain-pemain bolasepak dalam liga Inggeris. ‘Kereta Kebal’ Liverpool telah dinobatkan sebagai PFA Player Of The Year 2019.

Van Dijk menewaskan calon lain bagi merangkul anugerah ini seperti, Sergio Aguero, Eden Hazard, Bernando Silva, Raheem Sterling dan rakan sepasukan beliau Sadio Mane. Van Dijk menyertai Liverpool sejak tahun 2018 yang berhijrah dari kelab Southampton dengan yuran perpindahan bernilai £75 juta dan menjadikan beliau pemain pertahanan termahal dunia.

Pemain berusia 27 tahun dari Belanda itu dijangka akan merangkul anugerah berprestij ini selepas menunjukkan prestasi yang memberansangkan sejak menyertai Liverpool. Liverpool yang dulu terkenal dengan masalah pertahanan yang kritikal dan membuat satu keputusan yang tepat membawa masuk Van Dijk ke Merseyside.

Selain Van Dijk, pemain wanita terbaik bagi tahun 2019 dirangkul oleh Vivianne Miedema yang bermain untuk pasukan wanita Arsenal. Manakala, Raheem Sterling dari Manchester City merangkul anugerah pemain muda terbaik bagi tahun 2019.

Untuk maklumat, Anugerah PFA ini diundi oleh pemain-pemain dari liga-liga inggeris sendiri dan menjadikan anugerah ini paling berprestij dalam Liga Perdana Inggeris kerana diiktiraf oleh semua pemain-pemain profesional. Tahun lepas, Mohamed Salah yang juga dari pasukan Liverpool merangkul anugerah pemain terbaik PFA.

Ini pula infografik kesebelasan terbaik bagi tahun 2019

Daily Mail

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)