Siakap Keli

Terkini: Tragik, Lebih 272 Kakitangan Pilihan Raya Indonesia Maut Kira Undi, 1,871 Lagi Jatuh Sakit

Pada 17 April lalu, Indonesia telah mengadakan Pilihan Raya Presiden, menyaksikan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Prabowo Subianto sebagai calonnya.

Sebanyak 40 badan bebas berdaftar dengan Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia, melakukan hitung cepat Pilpres 2019 itu.

Badan-badan itu menggunakan sampel hasil kiraan undi di 3,000 hingga 6,000 TPS yang dipilih mereka, berdasarkan pemilihan TPS atas kriteria tertentu.

Selepas 10 hari pilihan raya itu, seramai lebih 270 kakitangan disahkan meninggal dunia kerana keletihan disebabkan mengira kertas undi dalam tempoh masa yang panjang.

Pilihan raya itu telah melibatkan sekurang-kurangnya 260 juta penduduk kerana diadakan serentak dengan pilihan raya umum untuk mengurangkan kos.

Walau bagaimanapun, hal itu telah membuatkan petugas-petugas undi jatuh sakit.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, Encik Arief Priyo Susanto pada Sabtu lalu, seramai 272 pegawai pilihan raya meninggal dunia dan 1,878 jatuh sakit.

Sebanyak 800,000 pusat mengundi dibuka dan ini bermakna ribuan pekerja diperlukan untuk memastikan kertas undi dikira dengan baik.

Kementerian Kesihatan negara itu meminta diberikan rawatan dan layanan terbaik buat setiap pekerja manakala Kementerian Kewangan sedang cuba berusaha memberi pampasan kepada keluarga pekerja yang kecundang.

Sumber: Mediacorp SG

Nur Farra