Siakap Keli

“10 Tahun Yang Lalu Dia Pernah Selamatkan Saya, Kini Saya Pula Selamatkan Dia” Kisah Doktor Ini Jadi Bualan Netizen

Cerita menarik tentang seorang doktor wanita menyelamatkan seorang lelaki yang pernah menyelamatkannya sejak 10 tahun yang lalu baru ini telah tular dan sering menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial di China.

Kira-kira 10 tahun yang lalu lelaki itu pernah membantu seorang gadis yang bernama Tam Ling selepas keluarganya terlibat dalam kejadian gempa bumi yang kuat.

Menurut Sohu, Ling adalah anak perempuan sulung dari keluarga miskin dan terpaksa menjaga kedua-dua adik perempuannya kerana bapanya mempunyai kecacatan dan ibunya pula menghidapi penyakit.

Gempa bumi yang berukuran 7.9 skala ritcher itu dikatakan telah menyebabkan rumah mereka di Sichuan, China musnah dan mereka terpaksa berlindung di kediaman jiran mereka.

Seorang lelaki bernama Zheng Hua telah terserempak dengan Ling. Lelaki yang dibesarkan di kawasan perladangan itu berasa amat simpati dengan kejadian yang pernah dialami oleh Ling semasa waktu kecilnya.

Lelaki tersebut dilaporkan telah memberikan nombor telefonnya kepada Ling dan meminta agar dia menelefonnya selepas Ling menamatkan sekolah menengah.

Sohu

 

Sohu

Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, bapa Ling telah membuat panggilan kepada Zheng Hua untuk meminta bantuan dari Zheng Hua supaya membantu Ling dalam melanjutkan pelajarannya.

Zheng Hua kemudian telah mencadangkan supaya gadis itu mendaftar di North Sichuan Medical College di dalam bidang perubatan. Hua juga dikatakan telah menanggung kos pembiayaan pelajaran Ling pada tahun pertamanya yang berjumlah sebanyak $640 dan selebihnya menggunakan wang saku yang dikumpul Ling sendiri.

Hua juga dikatakan telah membiayai pendidikan saudara perempuan Ling kerana sifatnya yang pemurah.

Kira-kira 11 tahun telah berlalu dan kini Tam Ling merupakan salah seorang doktor mata di sebuah hospital di China.

Bulan lalu, Hua dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri semasa sedang menghadiri sebuah mesyuarat di syarikatnya. Setelah didiagnosis Hua dikatakan mempunyai aneurisme otak.

“Doktor kata saya alami pendarahan dalaman otak dan jika ianya tidak dapat dikawal dengan segera saya mungkin akan kehilangan nyawa”. Kata Hua.

Ketika Ling mengetahui lelaki yang pernah membantunya itu dimasukkan ke hospital, dia telah membantu Hua menyiapkan segala-galanya kerana isteri Hua bekerja di tempat yang jauh ketika itu. Oleh itu, Ling dan suaminya telah membantu Hua dalam segala urusan pendaftaran sehinggalah ke menemani Hua melalui segala pemeriksaan yang diperlukan.

Ling juga telah membantu mempercepatkan Hua supaya mendapat rawatan dan meletakkan Hua di dalam kawalan segera unit perubatan. Dengan pemerhatian awal oleh doktor pakar, akhirnya Hua tidak perlu dibedah seperti pesakit lain.

“11 tahun yang lalu, saya mendaftarkannya di sekolah perubatan, dan kini dia menyelamatkan nyawa saya! Saya berkongsi kisah ini kerana saya mahu memotivasi orang lain untuk menyebarkan kebaikan! Kata Hua.

Sumber: Sohu

 

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"