Siakap Keli

”Assalamualaikum, Doakan Yang Baik-Baik”, Michael Ang Kongsi Berita Sudah Setahun Peluk Islam

Pengarah drama popular tanah air, Michael Ang melalui laman Instagramnya sebentar tadi memaklumkan bahawa beliau sudahpun memeluk agama Islam.

Melalui muat naik imej tertera kalimah Allahuakbar atau Allah Maha Besar itu, beliau turut meminta para pengikutnya di media sosial supaya mendoakan kebaikkan untuknya.

”Assalamualaikum, saya budak baru kalau salah tolong tegur. Doakanlah yang baik-baik. Maaf kalau saya rahsikan ini lebih dari setahun.

”Cuma saya rasakan perkara ini adalah antara saya dengan Allah dan keluarga-keluarga saya. Kalau nak tengok pengakuan saya boleh tengok video ini,” katanya yang turut berkongsi pautan video pengakuannya.

Michael Ang sebelum ini popular selepas mengarahkan beberapa drama antaranya Suri Hati Mr. Pilot dan Kimchi Untuk Awak.

Sumber: IG Michael Ang

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.