Siakap Keli

“Sebenarnya Ini Kerja Seorang Suami Tapi Bidadari Saya Buat Semuanya,” Sayangkan Isteri, Sikap Ebit Lew Raih Pujian Netizen

Selesai sahaja lafaz ijab dan kabul, maka si suami telah bertanggungjawab untuk memelihara kehormatan dan kebajikan isteri. Malah Isteri dan anak-anak merupakan amanat yang besar kepada suami untuk dijaga dengan sebaik-baiknya. Suamilah yang menjadi nakhoda untuk membawa seluruh isi kapal (rumahtangga) ke arah yang betul dan diredhai.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew merupakan penceramah bebas yang dikenali di negara ini. Beliau gemar berkongsi nasihat dan pengalamannya terutama berkaitan dengan isu rumahtangga. Oleh itu, beliau sering dijemput oleh pihak universiti, radio mahupun rancangan temu bual untuk diwawancara.

Gambar : Ebit Lew

Terbaru, Ebit Lew telah memuat naik hantaran mengenai keadaan beliau ketika di rumah. Hantaran yang tular dengan lebih 25,000 tanda suka dan 8,000 kali perkongsian itu nyata telah menyedarkan ramai pihak tentang tanggungjawab seorang suami. Suami bukan hanya perlu mendidik dan memberi arahan kepada isteri, tetapi mereka juga perlu turut berganding bahu bersama isteri untuk melaksanakan segala ‘kerenah’ rumahtangga.

Menurut Abit Lew :

Dah sampai rumah tengah malam dari Kuala Terengganu. Tengok bidadari dah tidur. Anak sulung jer tengah hafal Al-Quran. Bidadari dah pengsan urus anak-anak. Kasihankan. Tengok bidadari rehat tidur kebahagiaan buat saya. Ya Allah. Andai diberi pilihan mahu rasanya sentiasa bantu bidadari di rumah.

Gambar : Ebit Lew

Perlahan-lahan masuk rumah. Sapu rumah, buang sampah, lipat kain sikit-sikit. Penat tau kerja ni semua. Sebenarnya kerja saya seorang suami. Bidadari saya buat semuanya. Ya Allah. Tak pernah merungut. Jika bidadari saya terjaga, dia tak bagi buat semua ini. Ya Allah sakit pinggang masa angkat baju dan lipat. Nak susun ikut almari masing-masing. Itupun ada seninya. Lepas tu start kereta pergi isikan minyak kereta bidadari saya. Sebab susah bawa anak 4 orang nak isi minyak. Cek angin tayar. Terima kaseh Allah.

Gambar : Ebit Lew

Anak saya suka rakam saya untuk motivasi dirinya. Nanti supaya mereka ingat betapa pengorbanan uminya. Dan betapa ayahnya sayang pada uminya. Jadi kenang-kenangan yang baik. Terimalah ya Allah asbab kebaikan dan hidayah.

Pohon doa keluarga sunnah tour Malaysia oktober 2019. 10 buah negeri

Sumber : Ebit Lew

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.