Siakap Keli

Amsterdam Haramkan Semua Kenderaan Guna Petrol Menjelang 2030

Menjelang tahun 2o30, Amsterdam akan mengharamkan semua kenderaan yang menggunakan gasolin dan diesel dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran udara di negara itu.

Paras pencemaran yang tinggi di Belanda membimbangkan pihak pemerintah dan berlawanan dengan peraturan Eropah walaupun banyak masyarakat di sana menggunakan basikal secara meluas.

Ini adalah disebabkan oleh keadaan trafik yang sesak terutamanya di kawasan-kawasan bandar tertumpu seperti Amsterdam dan Rotterdam.

Dengan masalah ini yang semakin membimbangkan, Amsterdam merancang untuk menggantikan semua kenderaan yang menggunakan petrol kepada alternatif bebas pencemaran elektrik dan hidrogen menjelang akhir dekad akan datang.

Ia akan mula mengharamkannya secara bertahap-tahap mulai tahun depan.

Pihak berkuasa Amsterdam akan menggunakan subsidi dan permit meletak kereta bagi menggalak orang ramai bertukar kepada kereta-kereta elektrik dan hidrogen.

Sumber: Berita MediaCorp

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia