Siakap Keli
Kredit: Vita Eye Clinic

Bakteria ‘Makan’ Bahagian Kornea, Doktor Kongsi Gambar Pesakit Tak Sensitif Penjagaan Mata

Amalan tidur tanpa menanggalkan kanta lekap merupakan amalan yang membawa risiko kepada kesihatan mata. Perkara ini sering menjadi tanda tanya umum khususnya yang mengalami masalah penglihatan iaitu rabun.

Menurut seorang doktor mata, dia sering mendengar pelbagai reaksi umum seperti,  “Saya tidur sepanjang masa dengan kanta lekap dan saya tidak pernah mengalami masalah.”

Berkenaan reaksi tersebut, doktor tersebut menyatakan bahawa Pseudomonas (bakteria) merupakan penyebab utama morbiditi okular dan ciri-ciri oportunistik dengan cepat yang boleh menyebabkan buta kekal.

Bakteria yang ‘meletus’ akan memakan kornea mata pesakit dalam beberapa hari dan meninggalkan nekrosis putih (tisu mati) yang aktif.

Bagi tujuan rawatan, doktor mata boleh memulakan dengan memberikan titisan antibiotik yang diperkuatkan sepanjang masa dan juga steroid untuk mengurangkan parut kekal.

Kredit: Vita Eye Clinic

Namun begitu, jika rawatan mata pesakit diteruskan secara drastik daripada asasnya, dia tetap berkemungkinan besar akan menunjukkan beberapa bentuk kehilangan sisa penglihatan.

Bagi pencerahan umum, sangat tidak disyorkan untuk tidur dalam keadaan mengenakan kanta lekap lembut kerana risiko yang dialami melebihi kebaikan yang diperolehi. Jika dilihat menerusi gambar-gambar dibawah, pastinya anda tidak akan mengenakan kanta lekap sewaktu tidur selepas ini.

Kredit: Vita Eye Clinic
Kredit: Vita Eye Clinic
Kredit: Vita Eye Clinic
Kredit: Vita Eye Clinic
Kredit: Vita Eye Clinic
Kredit: Vita Eye Clinic
Kredit: Vita Eye Clinic
Kredit: Vita Eye Clinic
Kredit: Vita Eye Clinic

Sumber : Vita Eye Clinic

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa