Siakap Keli
Kredit: rt.com & The Telegraph

Trafik Sesak Paling ‘Menggila’, Sepanjang 120Km Ambil Masa 11 Hari Lamanya Untuk Reda

Kesesakan jalan raya merupakan perkara yang sering dialami oleh pemandu kereta, bas, lori dan kenderaan lain. Kesesakan jalan raya kebiasaannya berlaku pada musim perayaan, cuti awam dan kesesakan jalan raya juga boleh berlaku kerana terdapat kemalangan dan proses baik pulih jalan raya.

Begitulah yang berlaku di Beijing, China apabila berlaku kesesakan yang teruk sehingga mengambil masa 11 hari untuk pulih. Kesesakan melibatkan kira-kira 10,000 kenderaan dan kebanyakannya adalah lori trak yang membawa muatan arang batu dan makanan ke Beijing. Kesesakan yang berlaku di sepanjang  lebuhraya Utara-Selatan Beijing-Tibet itu adalah sejauh 74.5 batu iaitu 120 kilometer.

Kesesakan yang bermula pada Ogos lalu adalah berpunca daripada kerja-kerja baik pulih jalan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya pada masa akan datang. Selain itu, faktor lain yang membuatkan trafik menjadi perlahan adalah kerana penambahan kenderaan dilaluan berkenaan dan juga pemandu yang tertidur sehingga menyebabkan kenderaan lain mengalami kesukaran untuk bergerak.

Kesesakan tersebut bertambah parah apabila terdapat kemalangan yang berlaku di Ji Meng di Inner Mongolia dan menyebabkan kesesakan itu berlarutan sejauh 18.6 batu (30km). Oleh itu, beribu-ribu kenderaan terbiar semasa cuba melepasi tol.

Sumber: ABC News

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa