Siakap Keli

Kenapa Dr.Strange Tunjuk Tanda ‘1’ Kepada Iron Man, 2 Teori Rekaan Peminat Marvel Ini Mungkin Logik Untuk Difikirkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

PENAFIAN: Sebelum korang teruskan bacaan, artikel ini mempunyai spoiler yang sangat jelas dan pada sesiapa yang belum menonton filem Avengers: Endgame dinasihatkan supaya tidak teruskan bacaan dan pada yang sudah menonton teruskan bacaan dengan aman.

24 April lalu menamatkan keresahan peminat filem Marvel apabila Endgame muncul di layar pawagam. Hampir setahun kita ditinggalkan dengan persoalan dalam Infinity War, akhirnya temui jawapan dalam filem ‘penamat’ ini. Sesuai dengan kehangatan filem fiksyen ini, dunia seakan meraikannya dengan tanda palang yang mewarnai setiap platform sosial.

Teruja dengan percaturan Endgame, ramai netizen dari seluruh dunia yang mula mmbangkitkan teori mengenai adegan-adegan dalam filem ini dan mengaitkannya dengan Infinity War. Ada yang mengatakan bahawa setiap perilaku yang ditunjukkan oleh beberapa watak adalah hint kepada rahsia sebenar perjuangan adiwira Avengers.

Salah seorang yang berkongsi mengenai perkara ini adalah Aiman Amri. Aiman dalam penulisannya mengatakan bahawa dalam keseronokan kita menonton filem berkenaan, sebenarnya ada beberapa elemen menarik yang mungkin kita terlepas pandang. Aiman Amri atau lebih dikenali sebagai Aiman Psikologis merupakan seorang yang selalu memberi kesedaran dan motivasi kepada masyarakat mengenai kesihatan mental.

Gambar : Inverse.comMenurut Aiman:

Apabila Hulk habis saja petik jari ketika pakai gauntlet (untuk kembalikan semula 50% populasi), mereka yang 5 tahun dulu hilang menjadi debu kini kembali hidup, seolah-olah hanya pengsan sekejap dan terus terjaga, seperti yang diceritakan oleh Peter Parker.

Malah dia menambah lagi, Dr Strange terus beritahu semua yang ada di Titan (waktu mereka jadi debu dulu) untuk cepat balik ke Bumi sebab Tony Stark perlukan kita.

Walaupun orang lain kelihatan bingung dan pelik, tak tahu apa yang terjadi sepanjang 5 tahun ini (malah tak sedar pun 5 tahun berlalu), Dr Strange terus tahu apa patut dibuat.

Gambar : Aiman Psikologis

Dr Strange sah memang tahu ini lah jalan untuk berjaya kalahkan Thanos dan perjalanan situasi mereka ketika itu memang seperti jangkaan dia dalam 14,000,605 kemungkinan yang ada. Dia dah tahu yang Tony Stark dan Avengers lain sedang berlawan dengan Thanos di bumi (pangkalan baru Avengers, downtown).

Hint Dr Strange Kepada Iron-Man

Ketika ditanya oleh Tony, daripada 14,000,605 kemungkinan yang dilihat Dr Strange melalui Time Stone, adakah perjalanan mereka sekarang merupakan 1 yang menang itu? Dr Strange hanya menjawab,

“If I told you what’s gonna happen, it won’t happen.”

Sangat jelas yang dia sedang usaha sehabis boleh untuk pastikan timeline yang mereka sedang lalui sekarang, tak tersasar keluar ke arah timeline yang gagal. Pendek kata, mereka sedang berada dalam timeline yang betul (menang), tetapi andai ada yang tersilap sedikit, akan menyebabkan mereka terkeluar daripada landasan yang menang (Butterfly Effect).

Tetapi, ketika babak Thanos berjaya merampas gauntlet yang lengkap dengan 6 Infinity Stones (selepas Captain Marvel telah ditumbuk melayang jauh), perang itu kelihatan seperti Thanos sudah hampir berjaya dan tak ada harapan untuk Avengers menang dah.

Saat ini, Tony pandang ke arah Dr Strange (yang tengah uruskan air laut daripada melimpah ke medan perang). Dr Strange yang melihat situasi Thanos sudah hampir berjaya, ketika itu, beri satu hint penting kepada Tony, iaitu, mengangkat jari telunjuk simbol 1 atau menunjuk jari telunjuk kat atas.

Gambar : Aiman Psikologis

Kenapa jari begitu? Apa maksudnya?

Saya ada dua teori, apa yang dimaksudkan oleh Dr Strange dengan jari begitu,

  1. Dr Strange sedang beri hint yang timeline mereka sedang lalui sekarang ialah timeline 1 yang Avengers menang, daripada 14,000,604 yang kalah (menjawab soalan Tony pada sebelumnya tadi)
  2. Dr Strange sedang merujuk kepada ayat Tony yang selalu sebut “One last one”, merujuk kepada ini misinya yang terakhir sebelum akhirnya dapat berehat selepas ini (yang asyik disebut-sebut oleh Tony sejak Avengers: Infinity War dahulu)

(Atau mungkin juga Dr Strange sedang beritahu Tony untuk ingat Tuhan yang satu, mengucap dua kalimah syahadah sebelum korbankan diri dengan gunakan Infinity Stones tu hahahah. Okay gurau)

Tony yang ketika itu memahami, terus merampas semua Infinity Stones daripada gauntlet Thanos dan gunakannya untuk kalahkan Thanos dan askarnya.

Bila kita lihat yang Tony menjadi kunci penting untuk kalahkan Thanos, maka tak peliklah kenapa Dr Strange dulu serahkan Time Stone secara sukarela di Titan, demi selamatkan Tony daripada dibunuh Thanos. Padahal sebelum itu, Dr Strange dah sebut yang andai kata terpaksa pilih sama ada Time Stone atau nyawa Tony dan Peter, dia tak teragak-agak akan pilih Time Stone.

Sebab Tony ialah elemen paling penting dalam perang ini, daripada individu yang bertanggungjawab untuk cipta mesin yang boleh kawal Time Vortex dalam Quantum Realm, kepada seseorang yang akan cipta gauntlet yang boleh kendalikan Infinity Stones sehinggalah kepada insan yang akan memakai gauntlet dan kalahkan Thanos.

Sumber : Aiman Amri 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.