Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Viral, Islam Makhachev 'Test' Peminat Sebelum Bergambar
Kalau sebut nama Islam Makhachev, ramai peminat UFC pasti mengenalinya sebagai seorang petarung yang cukup digeruni.
Namun baru-baru ini, tular pula satu momen mencuit hati melibatkan bintang UFC itu di media sosial.
Bukan aksi pertarungan yang jadi perhatian kali ini. Tetapi, gelagatnya bersama sekumpulan peminat muda yang sanggup melakukan cabaran spontan semata-mata mahu bergambar dengan idola mereka itu.
Dalam video yang kini viral di media sosial, Islam dilihat sedang didekati sekumpulan peminat muda yang teruja mahu bergambar bersamanya.
Biasalah, bila jumpa idola depan mata, mestilah ramai tak mahu lepaskan peluang untuk ambil gambar kenangan.
Namun, lain pula gaya Islam melayan peminatnya kali ini. Daripada terus bergambar, petarung terkenal itu dipercayai terlebih dahulu memberikan satu ‘syarat khas’ kepada kumpulan remaja berkenaan.
Di sebuah kawasan kompleks beli-belah, mereka diminta melakukan 20 push-up terlebih dahulu sebelum dibenarkan bergambar bersama dirinya.
Malah, Islam turut sempat berseloroh sambil memberi ‘amaran’ supaya mereka tidak bermalas-malasan ketika melakukan cabaran tersebut.
Selepas berjaya menghabiskan push-up yang diminta, barulah Islam menyambut mereka dengan senyuman sebelum bergambar bersama-sama.
Video berkenaan pantas menarik perhatian ramai di media sosial.
Ramai netizen terhibur melihat cara bersahaja Islam melayan peminatnya. Tidak kurang juga yang memuji sikap Islam kerana tetap meluangkan masa bersama peminat walaupun dalam cara yang unik dan bersahaja.