Siakap Keli
Sumber

Membaca Bukan Sekadar Hobi Biasa, Ini Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hobi Membaca

Pelbagai fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai hobi membaca. Hobi ini mungkin akan dianggap sebagai hobi biasa bagi sesetengah individu kerana mereka sendiri tidak mengetahui tentang fakta menarik yang terkandung di sebalik hobi ini.

Lifestyle Okezone

Aktiviti membaca boleh dikategorikan sebagai suatu tindakan dimana seorang individu membuat andaian, menafsir dan menganalisis sesuatu bahan bacaan untuk mendapatkan maksud atau mesej yang tersembunyi yang cuba ingin disampaikan oleh penulis.

Aktiviti ini juga boleh dilakukan sama ada secara lantang mahupun senyap. Membaca dengan lantang yang dimaksudkan adalah apabila seseorang individu melakukan pembacaan secara lantang di khalayak ramai. Manakala, membaca secara senyap pula ialah aktiviti pembacaan yang dilakukan oleh seorang individu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi suara.

Oleh itu, pada penulisan kali ini, kami akan merungkai pelbagai fakta menarik tentang hobi yang dikatakan sebagai ‘biasa” ini pada anda. Mari baca fakta berikut.

1. Membaca dan menulis merupakan dua kunci utama bagi mengelakkan seseorang individu hilang ingatan.

2. Membaca sambil baring tidak menjadikan anda rabun jauh sebaliknya membaca terlalu dekat semasa berbaring yang menyebabkan anda mengalami rabun jauh.

eventkampus.com

3. Adakah anda tahu, hanya dengan membaca selama 15 minit sehari anda otak anda mampu memproses lebih dari satu juta perkataan dalam masa setahun.

4. Membaca di dalam bilik gelap tidak akan merosakkan mata, sebaliknya membuat mata anda letih kerana kurang pengambilan cahaya.

Sumber: Google

5. Mereka yang dominan menggunakan otak kanan cenderung untuk membaca secara senyap berbanding mereka yang dominan kepada otak kiri.

6. Kajian mendapati, mereka yang gemar membaca bahan bacaan fiksyen lebih mudah bersifat empati berbanding mereka yang gemar membaca bahan bacaan dari genre yang lain.

7. Kurangnya tidur menyebabkan anda tidak mampu membaca status emosi orang lain.

8. Membaca dengan banyak boleh membantu individu menajamkan ingatan, mengasah memori, dan membantu pertumbuhan sel-sel baru.

9. Kajian dari New School for Social Reseacrh mendapati dengan membaca bahan bacaan fiksyen akan dapat membantu individu untuk meningkatkan pemahaman seseorang tehadap status mental orang lain.

10. Membaca buku dapat meningkatkan keupayaan seseorang untuk membaca pemikiran orang lain.

11. Kanak-kanak yang membaca untuk keseronokan mereka lebih cenderung untuk menguasai bahasa inggeris dan matematik daripada mereka yang jarang membaca. (BBC News)

educenter.id

12. Otak wanita lebih mudah membaca ‘isyarat’ melalui arahan bahasa badan atau nonverbal, jadi lebih sukar untuk menipu wanita. (The Female Brain)

13. Membaca bahan bacaan atau buku-buku inspirasi pada waktu malam menjadikan anda lebih mudah untuk tidur.

14. Kemampuan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dalam bidang matematik dan membaca dapat meramalkan kejayaan yang akan mereka tempuhi pada masa akan datang. (Phsychological Sciences)

15. Kerap membaca boleh melindungi otak seseorang individu daripada mengalami Alzheimer atau nyanyuk, mengurangkan stress dan meningkatkan pemikiran yang positif.

16. Membaca buku boleh meningkatkan daya ingatan dan membuat otak anda sentiasa aktif kerana perlu berfikir.

17. Mempunyai sifat empati yang tinggi boleh melanjutkan usia anda.

18. Membaca secara teratur adalah salah satu cara untuk menghindari segala jenis penyakit yang berkaitan dengan otak. (Health Day)

19. Membaca doa sebelum anda tidur boleh membuatkan anda tidur lebih selesa dan tenang.

20. Mereka yang gemar membaca novel dikatakan dapat meningkatkan kesalinghubungan dalam otak kiri yang merupakan salah satu kawasan otak yang berkaitan dengan penerimaan bahasa.

21. Membaca dapat mengurangkan stress kerana semasa membaca minda akan tertumpu kepada bahan bacaan dan membuatkan otot kita dalam keadaan berehat.

Nota Mengajar Belajar
Nota Mengajar Belajar
Nota Mengajar Belajar

22. Membaca buku(68%) lebih berkesan meredakan stress jika dibandingkan dengan mendengar muzik (61%). (Study of Physchological Cognitive Nerves, David Lewis)

23. Kajian mendapati jika anda kerap membaca dan menulis surat akan membuatkan anda kelihatan lebih muda (Health Day)

24. Membaca novel dapat meningkatkan kesalinghubungan di dalam otak dan mendorong imaginasi seseorang individu ke dalam fikiran protagonis. (Emory Study)

Sumber: SejutaFakta.blogspot

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"