Siakap Keli

Netizen Seriau Tengok Bayi Baru Lahir Terlepas Pegangan , Alami Pendarahan Gred 1 Otak Kiri

Baru-baru ini, gempar di laman sosial apabila tersebar video kakitangan hospital terlepas bayi yang baru dilahirkan daripada genggamannya. Rata-rata pengguna media sosial menyalahkan kecuaian kakitangan tersebut atas perbuatannya yang boleh menyebabkan kecederaan kepada bayi itu.

Sekiranya anda memerhatikan dengan teliti, jururawat itu merangkul selimutnya sehingga membuatnya jatuh. Mereka terlalu kasar.

Tak perlu kasar untuk bayi baru lahir. Tidak ada alasan, mereka tidak boleh melakukan kecuaian.

Bayi tersebut telah dilahirkan pada 14 Februari 2019 di Chandler Regional di Chandler bersama kembarnya. Bayi tersebut dilihat jatuh dikepalanya sebelum disambut kembali oleh kakitangan tersebut selepas satu minit dilahirkan.

Kredit: Mo Rodgers

Menurut Mo Rodgers, dia tidak diberitahu akan perkara tersebut dan tiada ujian yang dilakukan selepas kejadian tersebut.

Anak kembar saya dilahirkan pada 2/14/19 di sebuah hospital dan anak perempuan saya Morgan jatuh di bahagian kepalanya kerana kecuaian kakitangan hospital itu. Saya tidak pernah diberitahu dia jatuh dan tidak ada ujian yang dilakukan selepas kejadian itu. Saya ingin menghalang perkara sama daripada berlaku kepada kanak-kanak lain yang dilahirkan di hospital itu.

Saya terlupa untuk memberitahu bahawa dia menghabiskan masa selama 12 hari di NICU kerana dia hanya bersaiz 3lbs 4oz ketika dilahirkan. Satu ultrasound kepala dilakukan pada hari ke 5. Saya tidak dimaklumkan tentang perkara itu dan tidak pernah diberi keputusan ujian. Dia mempunyai pendarahan gred 1 di sebelah kiri otaknya dan saya tidak pasti jika itu disebabkan insiden kecuaian atau kerana berat yang tidak normal. Saya tidak mengetahui tentang ujian ini sehingga Sabtu lepas ketika saya bertanyakan tentang perkara ini kepada doktor yang lain.

Sumber: Mo Rodgers

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa