Siakap Keli

Fenomena Unik Gunung Berapi Mayon Diteduhi ‘Payung Putih’, Buat Netizen Kagum

Gunung berapi Mayon di Filipina dikagumi di seluruh dunia kerana menjadi gunung berapi paling sempurna dengan keunikan serta kecantikannya.

Ribuan orang melawat pulau Luzon setiap tahun hanya untuk menyaksikan keindahan Gunung Mayon, yang juga diselubungi mitos dan misteri bagi penduduk tempatan.

Seorang nelayan telah menjadi saksi satu fenomena unik yang telah berlaku di gunung berapi tersebut. Peristiwa itu dikatakan ialah pembentukan awan yang unik kerana mirip seakan payung yang menyelubungi kawasan gunung berapi tersebut. Gambar itu kemudian dikatakan telah tular di media tempatan Filipina.

Noli Luna memaparkan awan yang kelihatan seakan ‘payung’ di atas Mayon pada kira-kira 5.30 pagi pada 23 April. Dia kemudiannya berkongsi pemandangan yang menakjubkan tersebut di Facebook.

“Daragang Magayon, memakai payung putih …” Noli berkata dalam hantarannya di Facebook.

Ketika awan itu pudar begitu cepat, tidak ramai orang yang dapat menyaksikan peristiwa menakjubkan itu. Sebaliknya, ribuan netizen menyatakan kekaguman mereka untuk momen ajaib.

Foto milik Noli telah dikongsi lebih 30,000 kali setakat ini.

“Ini satu petanda yang baik, bahawa negara kita akan menjadi makmur, aman, selamat, gembira, berlimpah dalam pelbagai cara.”

Menurut laporan GMA News Online, fenomena aneh ini dikenali sebagai ‘awan lenticular’.

Namun, ada yang membuat spekulasi bahawa pembentukan awan itu merupakan petanda buruk letusan gunung berapi, tetapi ini hanyalah pembentukan awan biasa yang dipanggil awan lenticular, dinamakan seperti itu kerana strukturnya yang berbentuk seakan lensa.

Dalam pada itu beberapa pengguna Twitter juga turut berkongsi foto tentang kecantikan gunung berapi Mayon yang sangat mengagumkan itu.

Dan ini merupakan antara gambar ‘awan lenticular’ yang pernah ditangkap

Sumber: Good Times

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"