Siakap Keli
Gambar: Aliff Channel & Twitter

Pelik, Kenapa Lipas Nak Mati Terbalikkan Badan? Ini Jawapannya

Lipas merupakan serangga yang sering ditakuti oleh manusia. Ketakutan yang dialami bukanlah kerana serangga itu berbahaya, namun disebabkan rasa geli terhadapnya.

Seseorang yang takutkan lipas sudah pastinya akan berasa lega sekiranya melihat lipas sudah mati.

Namun, sedarkah lipas yang telah mati atau hampir mati akan berada dalam keadaan yang terbalik?

Mengapa?

Keadaan lipas mati dalam keadaan terbalik adalah kerana terdedah kepada bau racun serangga perosak. Bau racun serangga perosak sebenarnya memberi kesan kepada sistem saraf lipas dan menyebabkannya mengalami kekejangan otot dan membuatkan lipas tersebut melayang kebelakang dan seterusnya akan jatuh dalam keadaan yang terbalik.

via GIPHY

Keadaan lipas yang lemah kesan daripada bau racun perosak serangga itu juga akan membuatkan lipas tidak dapat membetulkan badan mereka dan seterusnya menyebabkan mereka mati dalam keadaan tersebut.

Lipas juga tidak menggemari pada lantai dan jubin yang mempunyai permukaan licin. Perkara ini kerana akan lebih menyukarkan mereka untuk membetulkan badan dalam keadaan terbalik.

Sumber: TERMINIX

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa