Siakap Keli

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Tahap Kuning Di Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan notis amaran hujan lebat peringkat kuning di negeri-negeri utara semenanjung – Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Melalui kenyataan di laman twitter mereka, @malaysianmet, hujan lebat berterusan dijangka berlaku bermula 7 Mei sehingga 8 Mei ini. Penduduk di negeri terlibat diminta agar berwaspada.

Amaran yang dikeluarkan emrupakan amaran wasapada tahap kuning. Perkara berkenaan turut dilapor oleh BERNAMA Radio melalui Twitter.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Amira

Love yourself.