Siakap Keli
pembuat roti canai singapura
Kredit: Bernama

Tawar Gaji RM5,000, Pembuat Roti Canai Dicari Di Singapura

Tawar Gaji RM5,000, Pembuat Roti Canai Dicari Di Singapura

Sebuah syarikat di Singapura dilaporkan sedang mencari pembuat roti canai dari Malaysia dengan tawaran gaji sebanyak RM5,000 sebulan.

Menurut laporan Mothership.sg, syarikat berkenaan telah meletakkan iklan terbabit di salah sebuah akhbar tempatan di Malaysia.

Selain daripada jumlah gaji tersebut, pekerja turut ditawarkan makanan, ruang untuk menunaikan solat, serta tempat tinggal.

Iklan tersebut turut meminta individu-individu yang berminat memohon jawatan ini untuk menghubungi pihak mereka dengan menggunakan WhatsApp.

Ia menarik perhatian ramai susulan gaji tersebut yang dianggap agak lumayan.

Seperti yang diketahui, ramai rakyat Malaysia mencari peluang untuk bekerja di negara itu atas beberapa faktor termasuk berkaitan gaji.

BACA JUGA: Roti Canai Malaysia ‘Mendunia’, Kini Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia

Pada Mac 2023, mantan Menteri Sumber Manusia Malaysia, V Sivakumar mendedahkan kira-kira 1.86 juta rakyat Malaysia telah berpindah ke luar negara pada 2022.

Berdasarkan jumlah tersebut, 1.13 juta daripadanya telah bekerja di negara jiran iaitu Singapura.

Terdahulu, roti canai sekali lagi mencipta nama apabila meraih tempat pertama dalam Senarai Roti Terbaik Dunia 2023/2024.

Menurut TasteAtlas, hidangan yang menjadi soul food rakyat Malaysia itu mendapat tempat teratas mengumpul sebanyak 4.7 daripada 5 bintang.

TasteAtlas turut menyenaraikan roti nan mentega bawah putih (India) dan pan de bono (Columbia) sebagai Top 3 Roti Terbaik Dunia.

Selain itu, roti canai turut tersenarai sebagai antara Hidangan Sarapan Terbaik Di Dunia.

Dalam senarai tersebut, sarapan lazim di Malaysia berada di tempat kedua, dibelakang hidangan asal Serbia, komplet lepinja

BACA: Betul Ke Isi Minyak “Full Tank” Merugikan? Ini Penjelasan Pakar

Sumber: Mothership.sg

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma