Siakap Keli

“Hanya Tekan 3 Kali Sahaja”, Lelaki Ini Kongsi Penjagaan Kereta Guna ‘Push Start Button’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakkan orang Malaysia kini sudah memiliki kereta, tidak kiralah kereta jenis apa sekalipun janji dapat menjadi perlindung ke kerja ketika hujan. Pada dunia serba moden ini, makin banyak kereta yang dihasilkan dengan penggunaan ‘button dan electronic control’.

Tapi pernahkah anda tahu tentang penjagaan kereta yang menggunakan alat elektronik moden ini? Anda tidak perlu risau kerana seorang pengguna twitter, Aizz Irfan berkongsi perkara boleh dan tidak boleh untuk kekalkan kualiti kereta tersebut.

Untuk pengetahuan umum, kereta moden banyak menggunakan teknologi elektronik dalam pengawalan dan pemanduan kereta. Jangan anda terlalu bergantung dengan kelengkapan elektronik itu sahaja.

Perkara yang perlu anda tahu tentang kereta anda ialah

1. Kereta yang menggunakan butang hidup (push start button) ini biasanya memakan bateri yang lebih banyak berbanding kereta yang menggunakan kunci manual.

  • Anda haruslah perhatikan bunyi enjin semasa anda ingin hidupkan enjin kereta. Jika bunyi lebih panjang daripada biasa, tandanya bateri anda tengah kong.

2.. Lebih senang untuk tahu sama ada kereta anda dalam keadaan bateri kong, antaranya:

  • Bunyi enjin masa hidupkan kereta akan mengambil asa yang lama berbanding biasa
  • ‘Keyless entry’ anda tidak boleh kawal keretadari jarak yang jauh

3. Yang paling penting, cara yang betul untuk menhidupkan enjin hanya menekan 3 kali sahaja.

  • Jika tidak berbuat demikian berkemungkinan akan terkesan pada ECU.

Sumber: Aizz Irfan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang