Siakap Keli

Hukum Menutup Aurat Ketika Membaca Al-quran, Ini Jawapannya

Hari ketiga berpuasa, kedatangan ‘sayap’ Ramadahan kali ini tentunya membawa seribu erti kepada kita. Pada waktu inilah kita perlu menunaikan rukun iman ketiga dan melaksanakan ibadah sampingan untuk menambah pahala. Pahala yang berlipat kali ganda tentunya menjadi dambaan setiap umat Islam di dunia.

Ramadhan, bulan termulia yang di dalamnya di turunkan al-Qur’an. Lebih beruntung, mereka yang dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 malam. Pasti ramai  mempunyai tekad untuk ‘memenuhkan’ bulan ini dengan amal ibadat, malah ada yang berniat untuk khatam 30 juzuk al-Qur’an.

Bila berbicara ini, semestinya ada persoalan yang timbul di kalangan masyarakat mengenai hukum-hukum dan adab membaca al-Qu’ran. Antara soalan yang selalu ditanya adalah :

Bolehkah saya membaca Al-Quran Tanpa Tutup Aurat Dalam Bilik Sendiri?

Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum menutup aurat ketika membaca al-Qur’an adalah Sunat. Bukan Wajib. Hal ini kerana anggota badan hanya wajib ditutup kepada orang yang haram melihatnya. Oleh itu, kita tidak wajib menutup aurat ketika membaca al-Qur’an mahupun kitab.

Gambar : Dream.co.id

Walau bagaimanpun, menutup aurat ketika membaca al-Qu’ran boleh menjadi sunat untuk menghormati Qalam Allah itu. Malah tidak haram jika memakai seluar pendek ketika membacanya, cuma kurang pahala.

Persoalan itu juga sebenarnya telah dihurai oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Mereka menagtakan bahawa hukum asal membaca al-Qur’an dalam keadaan tidak menutup aurat ialah harus. Hal ini kerana tidak terdapat mana-mana ayat al-Qur’an ataupun hadith yang menyatakan hal yang demikian.

Namun demikian, kami tegaskan bahawa antara adab membaca al-Qur’an ialah menutup aurat secara sempurna sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulama’, antaranya Dr. Nuh ‘Ali Salman, ahli Lajnah Darul Iftaa’ Mesir.

Gambar : Tribun News

Kami ulangi bahawa hukum membaca al-Qur’an dalam keadaan tidak menutup aurat ialah harus.

Namun atas dasar adab dengan al-Qur’an sebagai sebuah kitab agung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada sekalian manusia, maka seharusnya kita membacanya dalam keadaan menutup aurat secara sempurna sebagaimana yang ditegaskan dan diamalkan oleh sekalian ramai salafussoleh dan para ulama.

Sumber : SunnahRasul, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.