Siakap Keli

“Tak Pernah Terawih Di Masjid Bila Ada Anak..” Ramadhan Seorang Ibu, Wanita Ini Kongsi Hikmah Disebaliknya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan, dahulu kebanyakkan wanita berkahwin hanya perlu ‘berkhidmat’ di rumah. Menyelesaikan urusan rumah, memasak, mengemas atau menjaga anak-anak. Namun seiring dengan masa dan kos sara hidup yang makin meningkat, rata-rata pasangan suami isteri perlu perlu bekerja untuk menampung segala keperluan.

Oleh itu, seorang wanita seolah-olah dilihat mempunyai tanggungjawab yang lebih iaitu mencari duit dalam masa yang sama menjayakan tugas sebagai seorang isteri. Bila salah seorang dari pasangan tidak berpuas hati,  ia akan menjadi salah satu ‘jarum’ yang mencucuk kerharmonian sesebuah rumah tangga tersebut.

Lebih-lebih lagi apabila masuk bulan Ramadhan. Mesti ada di kalangan wanita yang merungut tidak dapat menunaikan ibadat di masjid kerana terpaksa menjaga anak yang masih kecil. Seorang pengguna Facebook, Hajar Akma telah memuat naik satu hantaran mengenai isu ini.

Hantaran yang dikongsi lebih dari 2,300 kali itu nyata telah menyentak netizen yang selama ini mungkin alpa tentang hikmah disebalik setiap dugaan berumah tangga.

Tulis Akma :

Sejak jadi ibu, tak pernah lagi solat terawih kat masjid.

Semalam rasa frustrated sangat. Tengah solat, si Aman dok depan konon nak jadi imam. Husna tengah bising dok main playdoh. Dengar satu-satu okay dia cakap apa. Hanaa’ tengah memanjat.

Gambar : Hajar Akma Mohd Rawi

Baru bukak Al Quran, ada yang berak, ada yang nak air, nak susu.

Nak tunggu Encik Suami selesai solat, masa tu mesti dah mengantuk dan sibuk nak siapkan makanan sahur.

I was like, come on, Ramadan sekali je setahun. Tahun depan belum tentu jumpa Ramadan lagi. Bagi la can nak beribadah dengan khusyuk dan tenang. Masa tu memang sedih dan frust.

Tapi bila tengok muka anak-anak, well I guess my ladang pahala is different now. Mungkin Ramadan seorang ibu itu Allah uji dengan sabarnya melayan karenah anak-anak.

Gambar : Hajar Akma Mohd Rawi

Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya sempat solat sunat 2 rakaat ketika malam, disempurnakan dengan ikhlasnya dia menyediakan sahur buat keluarga.

Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya semuka sahaja Quran sempat dibaca, Allah lipat gandakan pahalanya kerana nak baca semuka tu pun struggle.

Gambar : Hajar Akma Mohd Rawi

It’s okay dear moms. You’re not alone. Allah Maha Kaya. Allah Maha Tahu.

Betulkan niat, ikhlaskan hati. Peringatan utamanya untuk diri sendiri

Sumber : Hajar Akma Mohd Rawi 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.