Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

Ini Tips Wanita Perlu Tahu Bagaimana Pilih Pakaian Dalam Untuk Tampil Lebih Cantik

Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Siapa sahaja yang tak ingin kelihatan cantik dalaman dan luaran? Salah satu faktor yang memberi impak dan pesona kepada wanita dari segi luaran adalah dengan pemilihan pakaian yang sesuai. Pakaian yang menampakkan ilusi ramping dan cantik semestinya menjadi pilihan ramai. Betul kan?

Namun, pakaian atau rekaan apa sahaja yang dipakai tidak cukup andai kata senjata ‘rahsia’ wanita ini tidak menjadi keutamaan. Nak tahu lebih lanjut, jom kita ikuti perkongsian seperti di bawah.

Bentuk tubuh yang cantik dari pemilihan bra yang bersesuaian

Menurut Konsultan Pakar Bedah Payu Dara dan Endokrin, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Harjit Kaur, golongan wanita perlu memakai bra yang bersesuaian dengan saiz payudara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik.

Disebabkan itu, pentingnya pemilihan padanan bra yang sesuai dengan saiz payu dara anda bagi membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan menarik. Namun, ramai yang membuat kesilapan besar kerana memilih bra yang salah!

Kesilapan besar wanita dalam pemilihan bra

Kesilapan besar yang dibuat bagi ramai wanita dalam pemilihan bra adalah dengan merasakan semua pakaian dalam adalah sama. Ramai yang tidak mengetahui kualiti dari jenama terbaik yang membezakan setiap rekaan dan material bagi setiap bra yang dijual.

Salah-satunya adalah rekaan pakaian dalam jenis push up bra yang menjadi kegemaran ramai wanita. Bukan sahaja dapat memberikan sokongan terbaik hingga aset berharga wanita ini kelihatan cantik tapi sesuai dipakai oleh semua bentuk ukuran payudara. Tetapi persoalannya, pilihan push up bra yang bagaimanakah sesuai untuk anda? Jom kita semak di bawah!

Koleksi ‘Push-up’ bra terbaik dari Triumph

Menyedari perkara itu, peneraju pakaian dalam dunia yang tidak asing lagi, Triumph, memperkenalkan koleksi push up bra terbaik iaitu Aqua Lily dari siri Aqua. Kesemuanya hadir dengan dekorasi renda floral yang ringan dalam tiga potongan pilihan push-up bra iaitu daripada jenis natural, extra dan ultimate.

Menariknya, ketiga-tiga jenis push up bra Aqua Lily daripada Triumph ini menampilkan ciri baru dengan 50% padding pada bra yang lebih ringan dan nipis serta terletak selesa bagi menolak payudara wanita supaya kelihatan lebih anggun. 

Tidak kira apa saiz payudara anda dari yang berukuran kecil, sedang, ataupun besar, koleksi Aqua Lily menawarkan sokongan terbaik bagi seluruh payudara serta praktikal untuk dipakai setiap hari. Jom kita lihat terlebih dahulu perbezaan daripada ketiga-tiga jenis bra Aqua Lily daripada Triumph ini.

Jenis ‘Natural’

Bagi jenis Natural, sesuai dengan namanya bra ini akan menonjolkan imej semulajadi sesuai bagi wanita yang tidak mahu kelihatan terlalu menonjol tapi dalam masa yang sama kelihatan elegan. Cup 3/4 yang menutup payudara ini sesuai untuk wanita berukuran payudara kecil hingga sederhana.

Disebabkan itu, ianya disertakan dengan lapisan padding bagi menampakkan volume pada payudara yang kecil. Alternatif ini supaya bra yang dipakai terlihat  ‘penuh’ namun ianya boleh ditanggalkan secara fleksibel mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

Fungsi ini sungguh praktikal ditambah dengan potongan tali yang cantik berbentuk rama-rama di belakang boleh dipadankan dengan pakaian yang sesuai. Bagi anak remaja terutamanya, jika gusar memilih bra yang sesuai, ini mungkin pilihan tepat bagi anda!

 

Jenis ‘Extra’

Bagi jenis Extra, bra ini direka dengan belahan deep V bagi meningkatkan kesan push up sekaligus menonjolkan imej seksi pada si pemakai. Bra ini selesa digayakan bagi jenis payudara berukuran sederhana hingga besar kerana ia mampu menutup serta menampung lemak keseluruhan payudara hingga terletak cantik di tengah. Selesa dipakai setiap hari, bra jenis Extra berwarna-warni ini dihiasi sulaman bunga menampilkan citarasa feminin seorang wanita.

Jenis ‘Ultimate’

Bagi jenis Ultimate, bra ini mencipta kesan belahan yang maksimum dan memberangsangkan. Gabungan cawan microfiber dengan dawai magic yang lembut direka bagi mengangkat payudara ke posisi yang cantik. Bra jenis Ultimate ini sama seperti jenis Natural yang mempunyai padding yang boleh ditanggalkan bagi mereka yang tidak mahu kelihatan terlalu ‘lebih’ atau menonjol.

Dapatkan segera koleksi Triumph di stor terdekat

Rekaan setiap helaian bra dari Triumph bukan sahaja menawarkan stail moden malah si pemakai tidak gusar untuk menunjukkannya. Ia memberi ultra keselesaan pada setiap wanita tanpa mengira waktu di mana sahaja tanpa meninggalkan ciri feminin.

Tunggu apa lagi, jom dapatkan segera koleksi terbaru Aqua Lily di stor Triumph berdekatan anda. Tak tahu di mana? Mudah sahaja, klik link ini untuk mengetahui lokasi stor Triumph berhampiran. Paling best, terdapat konsultan berpengalaman yang sudah tersedia menanti anda membantu memilih ukuran bra yang betul dan sesuai.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari sahaja facebook TriumphMY, Youtube TriumphMalaysia dan Instagram @triumphlingerie_asia. Tidak ramai yang sedar betapa mahalnya harga keyakinan diri apabila mengenakan sepasang bra yang betul dan cantik buat diri sendiri. Di Triumph, mereka menghargai setiap wanita!

#TogetherWeTriumph #IHaveTheAqua



Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.