Siakap Keli
Foto: Independent/FB Ahmad Razin Sapri

Bakti Kepada Kucing Sehingga Akhir Hayat, Kisah Kematian Remaja Ini Menyentuh Emosi Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing adalah antara spesis haiwan yang paling disayangi oleh manusia. Malah ia juga adalah merupakan haiwan yang paling disanyangi oleh Nabi Muhammad SAW.

Namun tidak dapat dinafikan, jumlah kucing terbiar di negara ini masih lagi banyak dan mereka sering menumpang kasih daripada orang ramai di kedai-kedai makan mahupun kawasan pasar.

Apa yang menyedihkan, ada di antara kita yang berasa jijik dan terus mengusir kucing-kucing jalanan ini kerana menganggap mereka mengganggu kita ketika sedang lepak bersama rakan-rakan mahupun berniaga.

Berbeza pula dengan kisah remaja ini, Ahmad Razin b Sapri, 17 tahun yang berasal dari Bachok, Kelantan apabila beliau berbakti kepada kucing-kucing terbiar ini sehingga ke akhir hayatnya.

Kemalangan ketika dalam perjalanan memberi makan kucing

Kisah Ahmad Razin ini dikongsikan oleh bapa saudaranya, Nasrul Mohamed melalui satu kiriman di Facebook-nya hari ini.

Menurut beliau, arwah yang sangat menyayangi kucing sering memberi makanan kepada kucing-kucing liar di sekitar kawasan Bachok.

Malangnya, pada pagi semalam, beliau telah terlibat dalam satu kemalangan ketika sedang dalam perjalanan untuk memberi makan kepada kucing-kucing tersebut.

FB Nasrul Mohamed

Arwah yang cedera parah telah dibawa ke HUSM sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 3 pagi tadi. Beliau telah mengalami pendarahan dalaman pada otak, serta patah kaki dan tangan akibat kejadian tersebut.

Ahmad Razin yang masih bersekolah merupakan pelajar Tingkatan 5 di Maahad Yaakubiah, Nipah. Menurut bapa saudaranya, beliau berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Bermimpi tentang kematian diri

Sementara itu, arwah juga telah memuat naik satu status di mana beliau telah bermimpi terlibat dalam kemalangan motorsikal yang menyebabkan dirinya meninggal dunia beberapa hari sebelum kejadian.

Dalam status tersebut, beliau memberitahu bahawa rohnya dapat melihat jasadnya yang sudah tidak bernyawa dan berasa seolah-olah mimpi itu adalah satu petanda daripada Yang Maha Esa.

Diakhir status yang dikongsi bapa saudaranya bersama kami itu, Ahmad Razin telah memohon agar dikurniakan mimpi yang sama sekali lagi sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir sekiranya mimpi itu benar-benar adalah petanda kematiannya.

“Syurga buatmu Razin”, warga maya mendoakan arwah

Berita mengenai kematian arwah Ahmad Razin ini ternyata menyayat hati warga maya apabila ramai yang mendoakan kesejahteraan roh arwah.

FB Nasrul Mohamed
FB Nasrul Mohamed

Semoga roh arwah Ahmad Razin b Sapri dirahmati Allah swt dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber: Facebook Nasrul Mohamed

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi