Siakap Keli
Gambar: KStarLive

Pakar Pembedahan Plastik Dedah Pesakit Mahu Muka Seperti Jennie, Yoona Dan Irene Jadi Permintaan Tertinggi Di Korea

Seorang pakar pembedahan plastik mendedahkan bahawa permintaan untuk mendapatkan rupa seperti Irene (Red Velvet), YoonA (Girls Generation) dan Jennie (Blackpink) telah menjadi trend dan semakin popular di kalangan peminat-peminat K-pop itu.

Dalam satu sesi bual bicara yang dilakukan menerusi sebuah program bertajuk ‘Video Star,’ pakar pembedahan plastik yang bernama Kim Jongmyung itu telah dijemput menjadi tetamu jemputan untuk episod tersebut.

Semasa sesi bual bicara berkenaan berlangsung, hos rancangan tersebut yang bernama Park Narae telah menanyakan soalan kepada doktor tersebut. Antara soalannya ialah, “dalam masa yang terdekat ini, gambar selebriti manakah yang paling banyak pesakit anda minta sebagai model untuk tujuan membuat perubahan pada wajah mereka?”

Semasa gambar artis-artis yang terdapat di Korea itu ditunjukkan, doktor tersebut telah menunjukkan wajah Jennie dari kumpulan Blackpink sebagai permintaan yang ketiga paling tinggi pernah diminta oleh pesakit-pesakitnya.

Menurut doktor Kim Jongmyung, kebanyakan pesakit-pesakitnya itu menginginkan rupa seakan Jennie itu kerana mahu memiliki aura yang dimiliki Jennie itu walaupun mereka tidak dapat meniru rupanya seratus peratus.

Tambahnya lagi, “wajah kedua tertinggi yang mendapat banyak permintaan ialah YoonA dari Girls’ Generations. Beliau bukan sahaja mempunyai wajah yang cantik, beliau juga sentiasa kelihatan anggun. Disebabkan itu, ramai pesakit-pesakit saya mahukan wajah sepertinya.”

Akhir sekali ialahIrene, salah seorang daripada anggota kumpulan Red Velvet. Doktor itu menjelaskan bahawa,”Ramai pesakit-pesakit saya mahu kelihatan seperti Irene. Saya rasa ianya disebabkan oleh kesemua komponen-komponen kecantikan yang sempurna terdapat di wajah Irene.”

Doktor itu turut mendedahkan bahawa beberapa artis lain juga turut tidak terkecuali daripada dijadikan model dan mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pesakit-pesakitnya. Antaranya ialah Song Hyekyo, Shin Minah, Han Yeseul dan Kim Taehee.

Sumber: KStarLive

Aqmal Ezany

I write what is right