Siakap Keli

Satu Keluarga Tidur Dalam Kereta, Anak Lelaki Maut Dengan Mulut Berbuih Dipercayai Terhidu Gas Beracun

Satu insiden telah menggemparkan penduduk berdekatan Masjid At-Taqwa, Kampung Salo daerah Kampar, Riau Indonesia apabila mereka terjumpa sebuah kereta. Apa yang mengejutkan adalah di dalam kereta tersebut ada sebuah keluarga yang tidak sedarkan diri. Lebih menyayat hati apabila anak lelaki mereka meninggal dunia.

Dipercayai kejadian itu berlaku disebabkan oleh keracunan gas. Hal ini demikian kerana sewaktu mereka dijumpai, enjin kereta dan penghawa dingin masih ‘hidup’ sementara bahagian cermin di bahagian pemandu dan penumpang tertutup rapat.

Gambar : Berkelana TYT

Deni Yusra yang merupakan Ketua Perhubungan Awam Polis Kampar mengatakan bahawa suami dan isteri terbabit telah dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat. Kedua-duanya terlihat begitu lemah dan diberi rawatan yang intensif. Manakala anak mereka yang baru berusia 14 tahun dijumpai dalam keadaan mulutnya berbuih di tempat duduk belakang.

Gambar : Berkelana TYT

Saksi kejadian mengatakan bahawa ternampak kereta yang tersadai berdekatan dengan kawasan masjid. Beliau kemudiannya cuba untuk mendekatai kereta berkenaan dan melihat 3 orang dalam keadaan pucat dan seperti sedang tidur. Beliau cuba membuka pintu dan memanggil untuk mengejutkan mereka namun tiada sahutan.

Gambar : Berkelana TYT

Maka, beliau lantas melaporkan perkara ini ke pihak berkuasa. Apabila sampai di tempat kejadian, pihak polis dan Tentera Nasional Indonesi berusaha untuk membuka pintu kereta secara paksa untuk menyelamatkan masa. Analisis awal mendapat mangsa terhidu gas beracun berpunca dari pelepasan gas ekzos.

Disebabkan itulah apabila mahu tidur atau berehat dalam kereta, kita dinasihatkan untuk mematikan enjin, penghawa dingin dan membuka sedikit tingkap.

Sumber : Liputan 6

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.