Siakap Keli
Gambar Hiasan

Siapa Sangka ‘Membawang’ Adalah Satu Kesalahan, Jika ‘Kantoi’ Boleh Dikenakan Hukuman Denda

Pihak berkuasa di Binalonan, sebuah pekan yang terletak kira-kira 200 kilometer daripada Manila telah menguatkuasakan satu arahan pelik di mana bergosip ataupun ‘membawang’ dianggap sebagai satu kesalahan yang boleh didenda jika didapati bersalah.

Bagi kesalahan kali pertama, mana-mana individu yang didapati bergosip boleh dikenakan denda sebanyak 200 Peso (RM 15) dan arahan memungut sampah di jalanan selama 3 jam.

Manakala kesalahan berulang pula boleh dikenakan denda sehingga RM 83 serta menjalani program khidmat masyarakat selema 8 jam.

Walaupun takrifan gosip sebagai satu kesalahan tidak jelas, namun Datuk Bandar menyebut bahawa bercerita kisah buruk mana-mana individu serta masalah kewangan dianggap sebagai satu gosip yang salah.

Selain Binalonan, bandar jirannya iaitu Moreno sudahpun menguatkuasakan undang-undang yang sama sejak 2017 lagi.

Selain didenda sehingga RM 108, kaki-kaki gosip di Moreno juga diarahkan memungut sampah di waktu petang sebagai sebahagian daripada hukuman.

Walaupun begitu, di Moreno sehingga kini tidak pernah ada mana-mana individu dikenakan hukuman kerana kesalahan berulang.

Datuk Bandar Binalonan juga berkata bahawa undag-undang yang dikuatkuasakan itu bertujuan untuk melindungi kesejahteraan masyrakat dan tidak bermaksud untuk menyekat hak kebebasan awam.

Sumber: Oddity Central

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.